5

watak utama part 2

Posted by jackfred on Wednesday, November 04, 2009
Sambungan dari Watak Utama Part 1..



Dengan tidak semena-mena, lelaki yang baru sahaja melakukan terjunan ala Jackie Chan tadi itu, terus mengacukan pistol kepada orang ramai yang sedang bertempiaran lari ingin menyelamatkan diri itu.

BLAMM!! BLAMM!! BLAM!!!!

‘Aduh.. celaka, dia tembak orang kat bawah tu weh. . aduh.. aku da start rase lemah lutut da ni.. ‘ ujarku kelemahan sambil mataku masih menonton kejadian tembak-tembak di bawah perkarangan Blok jiran kami tersebut.

BLAM!!! BLAM!! BLAM!!!!
Seorang demi seorang dibunuh lelaki gila itu menggunakan senjata apinya.. “gampang!!! Tu bukan pistol tu.. tu dah Sub Machine Gun tu..” nyata Qd yang memang serba arif pasal senjata api ni… baru kaki counter strike.. Hati ini semakin resah, resah tahap 2, resah tahap 3, dan resah kembali..pembunuhan semberono ini dapat di saksikan secara langsung. Ini bukan drama, bukan filem aksi Hollywood, tapi ini betul-betul berlaku di hadapan mata kami..

“Weh, jangan expose sangat weh.. nanti dia nampak kita kat atas ni, die tembak kita pulak!!” Sergah Awang kepada aku dan Qd.. kami mengangguk tanda betul terhadap nasihat Awang itu. Tompok-tompok kebasahan mula menampakkan diri di Zip seluar jeans yang sedang dipakai Awang..” Abis nak buat macam mana weh? Aku da takleh berdiri da ni..” Tanya Qd sambil tidak berenti mengucap kalimah syahadah.. Ya Allah, selamatkan aku.. ampunila dosa-dosaku Ya Allah.. qd berdoa lagi.. aku jua turut berdoa.. ya allah lindungilah hamba mu ini.. aku masih belum bersedia untuk mati..kawen sudah tentu belum lagi..

Sedang kami mengelap peluh di dahi masing-masing ketika memikirkan jalan apa yang harus dilakukan, dentuman tembakan demi tembakan masih kedengaran. Suasana hiruk pikuk. Suara orang menjerit dapat di dengar dengan jelas diiringi tengan tangisan ketakutan. Tahap ketakutan aku semakin menuju ke puncak ketakutan yang aku tidak pernah rasa sebelumnya. Ini adalah kejadian pertama yang pernah aku saksikan secara live selain filem aksi orang putih di layar perak. Kami kembali ke tingkap asal yang mana tempat kami menyaksikan kejadian tersebut.

Secara perlahan-lahan kami menghampiri tingkap tersebut, BLAM!!!!! Satu Tembakan di lepaskan betul-betul kearah kami bertiga mengendap.. Peluru tembakan tersebut betul-betul diarahkan kepada kami!!!

CELAKA!!! .. @#$%*!!! .. !@#****!!!******!!!!.. Kami serentak mencarut mengikut intonasi dalam filem-filem yang banyak carutannya.. kebanyakannya bahasa inggeris beb…

Sepantas kilat, ketiga tiga kami terus terduduk menunduk…”Weh, bahaye weh.. die da Nampak kita… nyata Qd.. aduh.. gane ni weh??..” tetiba perut aku terasa sakit.. ini sakit bukan sebab memulas, ini sakit sebab najis terlekat di ruang ketakutan..kali ni takut tahap berapa pon aku da tak tau dah.. ini betul-betul punya takut nih..

CELAKA KORANG SEMUA!!! Kedengaran dari bawah suara amukan orang gila itu mengarahkan amukannya kepada kami bertiga.. …… BLAM!!!! BLAM!!! BLAM!!!!! … Tembakan melulu masih di lepaskan ke arah rumah kepunyaan tuan rumah kami..

“Abis kita weh, abis kita… mati da kita kali ni.. MATI!!!!...” desah Awang sambil diiringi esakan tangisan ketakutan.. aku yang dari tadi tidak berhenti-henti memikirkan jalan mencari penyelesaian, akhirnya mendapat satu idea..

“kita berpecah!!!.. Kali ini kalau memang ditakdirkan kita mati di tembak, memang dah tertulis. Jangan mati dengan cara bacul..” ayat-ayat dari cerita HITMAN masih terngiang-ngiang di dalam kepalaku.. ‘die with dignity’.. kita anggaplah sebenarnya kita da mati, Cuma yang tinggal sekarang, macam mana nak elak seksa kubur..

Setelah keputusan dibuat, kami bertiga berpecah dengan keaadaan, masing - masing tidak berbaju. Kami tidak lagi sempat memikirkan tentang kepentingan aurat ketika itu. Yang penting kalau mati ni, memang mati paling stylo. Tidak berbaju, pakai jeans sahaja, perut masing-masing buncit... arghh!!!!

Kami dapat merasakan orang gila yang sedang amuk itu sedang menuju ke arah rumah kami dengan keinginan membunuh yang tinggi.. Awang mengambil keputusan untuk melarikan diri mengikut tingkap dapur. Tingkap dapur rumah sewaan kami menghubungkan rumah kami dengan rumah sebelah. Hampir bijak juga pilihan Awang. Qd mengambil keputusan untuk menuruni BLOK rumah kami menggunakan Rain Water down Pipe yang melekat pada dinding bekang rumah kami kebawah ala-ala ninja turtles gitu... Memang hero... Aku pula mengambil keputusan untuk menaiki tingkat paling atas blok dengan menyembunyikan diri di dalam tangki air.. sebelum berpecah, kami bertiga berpelukan.. Kalau umur tak panjang, kita Jumpa di Syurga weh…, tetiba aku terasa inilah perpisahan paling dramatik pernah aku alami sepanjang umur hidupku … tak semena-mena, air mataku tidak tertahan lagi daripada mengalir…

ARGGHHHH, berpecah sekarang!!!!!!!!..... masing-masing mengambil haluan masing-masing… baru berberapa langkah kami berpecah..

BLAAAAAMMMMMM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.......

AWANNNNNNNNNGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.................................................................................................................................

Copyright © 2009 OPTIMISME All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.