1

pengajaran

Posted by jackfred on Friday, June 06, 2014
sekian detik aku tinggal ruangan utuk aku merakam apa yang bermain di minda ini. Hari ini, aku paham. Masa merubah segala. Paling ketara, gaya penilaian dan pemikiran. Apabila di baca apa yang dirakam dahulu, baru aku sedar, betapa yang Maha Pengasih, senantiasa sayang dan ada untukku, tak kira apa. alhamdulillah.

0

nafas

Posted by jackfred on Friday, June 06, 2014
Keluh kesah maya. Merakam detik layar berlegar di segenap lekuk otak. pemberian yang maha esa. Berguna juga tak kala damai. Esok bukan jaminan. Mungkin yang terbuku, terperap ini, boleh saja di jeling atau, gua tiada rujukan tak kala kegelapan. saat berlalu pergi, sedut dan hembus. Semoga selamat di jalan yang benar semua... "And God bless you all. For the song you saved us" - deftones

0

devil's vacation.

Posted by jackfred on Monday, August 29, 2011
malam ramadhan 28 1432

dengan singlet kaler hitam, menampakkan suku putih kegebuan badan si pemakai, potongan singlet yang memang sengaja menampakkan dua jalur tali bra yang juga bewarna hitam, menyempurnakan lagi imej pemakaian gadis melayu 'islam' di kala ini. cantik, slim slender, menggoda dan menghairahkan.

melengkapkan lagi era melayu hipster, bersandar pula si teman lelaki gadis tersebut melekat di buah dada si jelita ini. dipeluknya pula kepala si teman lelaki ini dari belakang di khalayak ramai, di kemaman koptiam, kuantan.

gua saspek cina-cina sekeliling lu orang berdua pon jelik menjelir lidah la.
gua suggest lu orang berdua baik memantat je terus atas meja minum tu. senang sikit gua nak tendang. sibuk kacau orang nak feel kopi hujan-hujan nih...

setan -setan sekalian.gua rasa, lu orang takyah balik la dari bercuti. kerja-kerja lu orang sama melayu islam dah tak susah macam dulu-dulu.


1

bila ???

Posted by jackfred on Wednesday, July 06, 2011
Bila gua bercakap tentang pemimpin yang zalim, Makcik Yah yang tadinya baru melepasi gua, berpaling 2,3 menoleh sambil meneruskan berjalan.

bila gua bercakap pasal demokrasi, brader yang berniaga ikan di sebelah kedai emak gua semakin kuat mencincang sesuatu di atas landasnya. sepertinya tiada bersetuju dengan pendapat gua tentang demokrasi.

bila gua kata, kenaikan harga barang semakin menyusah dan menghimpit, makcik semah peniaga kedai runcit, memulangkan baki belian gua secara kasar, tanda timbul bibit-bibit kemarahan.

abis, gua boleh bercakap pasal apa? Akedemi Fantasia je ke? ke Imam Muda? baru makcik yah dan makcik semah nak jadikan aku menantu? hissshhh....

abis kalau bukan orang sebaya macam gua ni pikir tentang keadaan semasa pemerintahan sekarang, siapa lagi??? sudahlah di zaman ini muda mudi asik berhibur sahaja.

kalau bukan generasi di aliran-aliran gua bakal memerintah akan datang, siapa??? budak-budak shuffle yang tengah terkinja-kinja tu ke? ke yang sibuk menyedapkan suara nak masuk bertanding AF tu?

logik la orang kampung oii...

Televisyen itu benar... Yahudi juga bangsa yang benar....

2

warna warna kehidupan

Posted by jackfred on Saturday, February 19, 2011
greng...greng... bunyi perut aku bila sudah kelaparan. drop d. 'pergi kedai belakang kejap la, untung-untung ada sardin roll"...

"err, teh o ais satu ya" bungkus!... pesanku kepada pembantu kedai makan tersebut. sedang menunggu teh o ais aku siap, aku terpandang tepat kepada mata seseorang. " ceh HIJAU"...

Besok pagi, perut aku lapar lagi. seperti biasa, kedai makan ZAZA IKHLAS lah tempatku mencari sarapan budget.. kali ini berteman jejaka Kuala Pilah, Acap namanya. "eh, MERAH pulak arini". tegur Acap sambil menuding bibirnya ke arah mata mamat semalam...

celaka.. stail pakai warna contact lens ikut kaler baju...

2

separa sedar

Posted by jackfred on Saturday, February 05, 2011
Pusing punya pusing, januari 2011 telah berlalu tanpa sebarang impak pada diri sendiri. Umur semakin mengecut, badan semakin tidak berdisiplin, pemikira pula masih di takuk semalam.

Dari sehari ke sehari, jiwa dan rohani terus menuntut hati supaya menjadi lebih berperasaan presiden.

Oohh kekasihku... kemarilah menjadi kepunyaanku. hanya kamu sahaja dapat mengubah dilema yang tidak pernah serik menjahanamkan diriku ini...

2

doktor

Posted by jackfred on Sunday, November 14, 2010
kedengaran pengumuman daripada pihak keselamatan hospital..

"TING TONG!!!!... makluman, kepada semua pelawat-pelawat sekalian, masa melawat anda telahpon tamat. sila beri kerjasama untuk menamatkan masa melawat anda dengan kadar yang segera!!! sebarang kelewatan akan dikenakan hukuman mati mandatori.."

aku yang masih menemani dan merangkap pelawat ayahku di dalam wad di sebelah katilnya, membelek jam pada tanganku. 8:00 malam.. huuhhh... ' malasnya la nak turun kebawah nih.. kecoh ar guard nih.. balik kerja sudah pukul 6 petang, cari parking kat hospital sudah sejam. berapa lama sangat dapat gua lepak sama bapak gua nih??"

kebiasaanya, ianya hanyalah pengumuman. biasa aku turun dari tingkat 5 itu, paling kurang pukul 11 malam.. lepak dulu lah..

di hadapan katil ayahku, seorang pesakit baru sahaja di masukkan ke dalam wad. aku bertanyakan kondisinya dari emak ku. biasanya, emak aku tahu..

bla-bla-bla.. oww... kesian...

ramai pelawat sedang berada di keliling brader yang hampir 90% kakinya melecur di timbus arang batu.. sedang keramaian berbisik bisik sesama sendiri, kelihatan seorang kelibat lelaki muncul di belakang mereka mereka ini..

lelaki tersebut membuka salinan-salinan x ray pesakit tersebut lalu melihatnya dari bawah sinaran lampu kalimatang wad berkenaan.. "laa.. doktor rupenye.. selekeh betul.. takde etika!!!"marah aku.. satu demi satu di beleknya.. sampai pada satu salinan, dia berhenti dan memerhatinya dengan lama... dia mengomel-ngomel sedikit yang pada aku, sangat kabur percakapannya.. "term doktor nih.."

semua pelawat-pelawat brader tersebut, telah beralih mengerumuni doktor tersebut pula dengan harapan, dapat mengetahui apakah kerosakan yang telah berlaku kepada kenalan mereka yang hampir lumpuh dari kaki kebawah tersebut..

sedang khusyuk mendengar penjelasan doktor tersebut, lalu seorang misi cantik molek Milah namanya, melepasi kelompok mereka yang mengerumuni doktor tersebut.. misi itu, memberhentikan langkahnya. kelihatan pelik.. lalu mengundur sedikit kebelakang, menghampiri kelompok tersebut..

siapa yang benarkan kamu semua ini melihat x ray pesakit ini??? ini sulit!!! tanya si misi tersebut dengan nada garang kepada kelompok kumpulan tersebut...

yeas!!!cantik, molek, garang!!! perfect misi!!!!... aku berbunga..

ya allah... macam mana Rama ni boleh sampai ke atas nih???

SECURITY!!!!! jerit misi tersebut..

ZAAASSSS!!!!! sepantas kilat doktor itu berlari meniggalkan pesakit, pelawat dan salinan-salinan X-RAY beterbangan, menuju ke arah pintu utama wad kiambang 5B...

saya di fahamkan Rama adalah seorang pelawat setia Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. dan, dia mengalami masalah halusinasi..

Copyright © 2009 OPTIMISME All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.