4

raya

Posted by jackfred on Monday, September 13, 2010
Tahun ni, raya aku.. macam-macam. banyak pengalaman baru. antara salah satunya, malam raya bersama Uncle Idrus di Wad, Hospital..

malam raya, aku masih di tercongok di sebelah ayahanda aku, menemaninya yang masih lagi di rundum kesihatan yang tidak memuaskan doktor-doktor yang merawatnya.

di depan lokasi hospital tersergam masjid baru dan besar yang akhirnya siap di bina setelah 3 tahun kontraktor tempatan bertungkus lumus menyiapkannya.
Pada malam itu, selepas solat isya',masjid tersebut beroperasi secara rasminya..takbir berkumandang dengan lantangnya. siap boleh join dari jarak jauh. aku yang hanya bertemankan bapak, dan seorang lagi pesakit di wad tersebut,ada la 2 orang pesakit je dalam wad ketika itu. campur nurse,2 orang, yang sedikit kasar membuat kerja sambil hentak-hentak kaki dan bermuka mempelam kerana terpaksa bekerja di malam raya,temasuk aku, 5 orang la..

Pada mulanya, biasa-biasa saja.. Sambil aku membaca surat khabar yang tahun lepas punya. cara penulisan dan penyampaian surat khabar masih sama. tidak banyak yang berubah. atuk yang kehilangan baju raya pon masih jadi headline dada-dada akhbar yang syok sendiri.

tengah syok aku buat ramalan no ekor, lepas tu tengok result di page belakang-belakang belah ruangan sukan, aku terdengar suara orang sedut hingus.

siapa pulak yang tiba-tiba selesema nih??nurse tak buat kerja ke??? duga aku sambil mata masih terpejam meneka nombor ekor. semua ni boleh mengangu kosentrasi aku di dalam meneka..

5721.. okeh.. dah boleh cek..

sob-sob.. aik...

laaaa... bapak gua tengah menangis rupanya...

ya allah... kesian pulak aku tengok bapak nih.."'ba'.. sabar la ye.. raya je pon.. bukan ada apa-apa pon.. dah la.. anep pon ada kat sini..." terangku dengan nada selamba..

sob-sob.. " Jack, aku mintak maaf dengan ko. maafkanlah dosa-dosa aku pada ko.. terima kasihlah sebab jaga aku yang menyusahkan ko nih.." ujar bapak aku di dalam tangisannya..

uissshhh!!!!! ya allah... apa ayah aku mencarut nih.. biar betul.. " ish.. mende ba' nih ".. dia pulak mintak maaf dengan orang".... bentak wa tak puas hati dengan apa yang terjadi...

aduh.. tetiba dada aku rasa sakit-sakit... nurse... tolong.. sakit sangat nih..

arghhh.. ngarut la ba' ni... jap, Jack pegi mintak tisu jap dengan nurse.. dah la ba'... tak baik nangis-nangis malam raya nih.. ( sapa yang cakap tak baik pon wa tak tau)..

zaaasssss.... wa lari laju-laju, pergi turun ikut tangga, mahu ke kereta ... 'cepat-cepat'.. ujar hatiku..mahu mendapatkan peneman hidup ketika itu. hanya rokok sahaja boleh menahan air mata ini..

dapat je rokok... fuhhh.... setel.. kering terus air empangan mata aku...

selamat hari raya, maaf zahir dan batin.


Copyright © 2009 OPTIMISME All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.