3
Posted by jackfred on Saturday, March 27, 2010
Nep.... tu bukan ke bapak ko??.. Soal Lan..rakan melepakku petang-petang..

A’ah.. nape?.. aku menjawab selamba…

Nampak kegarangannya..ayah ko garang tak nep??

Aku hanya mampu tersenyum.. sambil terus menghirup milo sejuk yang tadinya panas.. aku lemparkan jauh pandanganku ke taman permainan dimana syurga bagi kanak-kanak normal yang sebelahnya adalah kedai minum dimana aku melepak…

Aku mengimbau kembali zaman silamku.

Idrus..

Zaman kecilku, aku tak pernah ada memori bapak aku bangga dengan apa yang aku lakukan dalam setiap perkara. Dia jarang berbicara dengan tutur.. Medium komunikasi yang digunakan ialah, tali pinggang, batang paip, batang penyapu,.. ekor pari-pari.. pheww.. sekali dia kate ‘NO’... kirim salam la dengan hajat yang hamper setahun aku mengidam..

Bapak aku sehebat Sarjan Misai. Dengan hanya satu jelingan, semua adik beradik aku lesap dari pandangan,bersepah mencari bilik masing-masing, cari beg sekolah.. Asal dengar bunyi motor kapcai Yamaha je, tak kisah la motor dia ke, motor orang lain ke, kawasan depan televisyen sudah lengang... Sorang kene marah, yang laen dah menangis dah..Andai aku masih belum berada rumah sebelum pukul 7 malam, ponteng mengaji, dan, aku takde di saf mase tahiyyat akhir solat isya’ kat masjid,….aku setel…..

Terasa seperti anak pungut. Tapi, bila tengok-tengok balik hensem dia itu, memang kat aku ar tumpah kuahnye tu... Mustahil aku anak pungut… masa kena libas, sakit dia, tuhan jet tau... Tangisan ni, dah tak boleh pakai da sebagai pelindung diri…

Tapi itulah… mase kecik dulu, mana ada google.. kalau tak, boleh juga ‘wiki’ maksud serik, dan degil tu apa… takde ar kene libas selang satu hari..

Bukan sahaja aku, malahan abang aku juga sama. Tapi abang aku jarang dapat apa yang aku dapat. Dia biasa dapat hanger je memanjang.. aku dah lali dengan hanger nih.. Itu senjata kegemaran arwah mak aku je dulu.. bila dah terbiasa kena ekor pari yang jauh lagi sakit, hanger nih dah tak berasa sangat… dah rase macam kena gigit semut je.. Abang aku tak tahu erti persahabatan mase zaman budak-budak dulu... Lagipun, dia sogok bapak aku dengan nombor 1 straight dalam ujian mahupon peperiksaan, dan janji-janji A yang pasti tertunai… Itu pasal dia banyak terlepas tali pinggang dan batang paip besi galvani. Die kena rotan pon sebab tengok TV je. Jauh lebih kecil kesalahannya berbanding aku, komando yang pergi merekrut askar-askar sepertiku….

Aku? Aku hanya mampu berserah. Bukan takda usaha nak jadi macam abang aku, Cuma aku lebih menghargai zaman kanak-kanak ku.hidop aku ketika itu,bukanlah ditemani buku-buku seperti abangku.. Di sekolah kawan, balik rumah pon kawan.. Kawan-kawan aku mase tu pulak … pergghh… semua projek jalan, semua misi terancang sistematik.... semua hukuman… berani tanggung sendiri…

macam gini (two thumbs up)…


Tapi sekarang.... aku sudah terlepas zaman gelap tersebut.. batang paip sudah guna buat ganti paip rosak, tali pinggang dia sekarang sudah mau Louis Vuitton. Sayang nak guna untuk melibas… Idrus sudah semakin jambu..Dia sudah semakin sejuk… Cuma jelingan, dan pendirian “NO”.. masih steady menakutkan…

Bila aku terkenang moment bapak aku bermain-main, melayan karenah anak buah sulung aku tu, Faqhry., Aku rase, dia bukan bapak aku yang sebenar..Idrus yang aku kenal bukan seriang ini... Tak pernah aku tengok dia seseronok itu bermain dengan budak-budak kecil.. kalau bukan dengan budak kecil sekalipon, seperti mustahil aku terlihat orang tua itu bergalak riang… Bila bapak aku mengagah-agahnya si Faqhry itu, andai bayi itu tersenyum…berderai lah tawa si Sarjan Singa Lapar itu… aduh.. kelakar la plak rase.. kaki libas tumpas di tangan Cucu…

Aku jua turut tersenyum di dalam hati… sebab aku tak pernah lihat Idrus versi itu selama 26 tahun aku hidup.. kelakar..

Asal dengar cucunya nak pulang ke kampong je, carpet merah wajib dibentang, makanan mesti ada ayam turki seekor. Napkin, bedak, baby lotion, dan putik kapas kalau takde je standby… pukul 3 pagi dia gagah pergi ke kedai 24 jam jauh ke bandar mencarinya.. petang-petang, yang dulu biasanya bawak melepak dengan kengkawan, sekarang… takde dah..asal cucu ada di rumah...tinggal bini, tinggal anak-anak, tinggal kengkawan… pergi berjalan dengan cucu berdua-duan jek…

Jeles beb…

Asal cucunya itu meragam, menagis-nangis… kami adik beradik sudah bersiap sedia untuk dimarahi sepenuhnya. Biarpon masa tu, adik aku tengah tolong anak-anak yatim bagi diorang makan… Settle.. semua kena marah…


“Oiii… wa Tanya ni, bapak lu garang tak?” Soal Lan seperti tersedar aku sudah sampai Mexico berangan..

Terkejut dengan soalan Lan itu…

Aku hirup lagi milo aku tu satu das..

Takdelah.. "ayah aku penyayang…"...



takda sapa berani amik budak tu waktu nih...

4

hoh??

Posted by jackfred on Monday, March 22, 2010
"Aduh matilah kita kali ini. Esok kiamat nih".. Keluh Awang kerunsingan.

"Kenapa Wang?" Soal Qd sambil sibuk menekan butang Esc pada keyboard dari tadi.

"Mu ade rokok D?"... soal awang kepada qd..

"Takdok.. gi ar beli wang". Tokleh nak buat kerja kalau gini..

"Mu Nek, ade?".. Soal Awang yang masih kebingungan..

Takdok gok Wang… moh kite pergi beli ar. Sekejap je nih.. jawabku selamba sambil tanganku masih gagal melepaskan mouse..

"Doh gini ar, daripada kite dok ngadu takde rokok, ape kate, kite bertiga pergi beli. Adil sket. Semue oghang tinggal keje.. gane?" Awang memberi cadangan..

"Aku bereh wang".. jawabkku sambil mata masih melekat pada skrin computer.

"Qd, mu gane?".. Tanya Awang selepas Qd semacam tidak mengendahkan cadangan awal wang tadi. Jelas di raut wajahnya, banyak lagi kerja yang belum disiapkannya.

"Kalau korang pergi berdua je, aci tak?" Qd mengeluarkan cadangan..

Awang : ohh.. sedap mu.. orang laen ade keje gok. Doh, mari ah ramai-ramai..

Qd : tokleh Wang, mu da banyak siap.. Aku ni, site plan pon takdok lagi.. jelas Qd merayu simpati Awang..

"Dok kisoh ar mane-mane, doh, mari duit sini, aku dengan anep pergi beli. Doh siap ar Nek.." gesa Awang seperti tidak seberapa gemar dengan jawapan Qd.. alih-alih, aku plak jadi mangsa kemarahan Awang…

"Aku gini jela.. siap dah.. mari ar".. aku terpaksa melepaskan mouse dengan hati yang penuh kerunsingan untuk mengikut Awang ke kedai..

Sejurus Awang dan aku menutup pintu rumah sewaan, kami bergerak menuju ke tangga, kedengaran suara Qd terjerit-jerit dari dalam rumah.

"Awang!!!! Awang!!!!..."

Awang : Mende gok ? owoh.. Ajok pergi taknok, nok pesang macang-macang pulok.. jawab awang dalam keluhannya sambil melepek di tepi tangga.

Qd : ko nak pergi kedai E ke , kalau gitu aku nak kirim topup sekali.?

Awang : hoh??....

Tiba-tiba keadaan menjadi sunyi.. macam ada mende yang tak kena dengan soalan Qd tadi.

Aku dan Awang berpandangan…
Awang sedikit-demi sedikit, mula memalingkan badan dari memandang Qd, dan badannya mula sedikit bergetar. Aku, perlahan-lahan menahan genangan air mata sambil sebelah tanganku menutup mulut juga tidak sampai hati menatap Qd.

Marah Awang dah tidak membara lagi.. Awang cuba mengawal gelaknya..

Awang : kedai E?......aku dok pergi kedai E, aku nok pegi Seven E je. Bakpe?.. HAHAHAHAHAHA…

Oleh kerana malu tersalah sebut, Qd Sepantas kilat, tanpa menjawab soalan Awang, terus berlari masuk kerumah semula.

Pukul 3 pagi di flat PKNS seksyen, kedinginan pagi dipanaskan dengan deraian setan Aku dan Awang sepanjang perjalanan membeli rokok ke kedai E.

2

balik kembali..

Posted by jackfred on Monday, March 01, 2010
Aku tak pernah dan tidak akan menyesal dengan jalan hidup yang aku pilih, dan kau…
Anak kau sedang melalak di dapur, sambil bini kau tengah mengumpat di depan rumah bersama konco-konco kanibalnya.

hidup dan mati aku bukan untuk kau..

Copyright © 2009 OPTIMISME All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.