Cukup ke?? Maen tengah-tengah bulan semua sudah settle.. lagi setengah? Macam mana? Macam mana mau idop ni.?
Padahal, gaji yang diberi pada aku, rasa kalau ikot perkiraan matematik, lebih dari cukup. Siap boleh buat menympan nak beli
private boat lagi. Tapi, setakat aku kerja nih, tak pernah ada simpanan. Tak pernah la kalau dapat gaji seterusnya itu, gaji sebelum masih berbaki. Tak pernah.. takde.. tak pernah..
Azamnye, memang tak mudah la. Tiap-tiap kali dapat gaji. Mesti disertakan dengan azam untuk menyimpan. Nak buat lessen la, mak sibuk suruh kawen la, duit untuk adik-adik..
Tapi,.....
aku sedar.. azam tu singgah kejap jek. Sebab nafsu sudah halau dia awal-awal. Nafsu tu memang jadi tuan rumah dah. Azam tu memang tetamu setia lah dalam idop aku walau berkali-kali di nafikan nafsu nih...
Belanja member-member makan, maen futsal sampai lebam, karaoke sampai serak, makan makanan mahal-mahal yang pernah terliur. Itu belom kira keinginan nak beli gitar elektrik lagi. Dia punya membuak-buak..tiap-tiap kali dapat gaji.. harga gitar sebulan gaji tu pon aku sanggup.. pantang…Bugatti Veyron yang harga 3 juta tu aku rasa aku boleh beli dengan gaji aku seribu lebih ni..haaaiiiihh…..
Pantang ada duit.. tapi itulah kegembiraan aku… sesak tengah bulan tu, memang sudah menjadi kewajipan.. barulah lah rasa.. 'kalaulah aku tak beli mende tuh..tak beli ni dulu.. takda lah aku makan meggi sekarang nih.....tapi takpa, semalam aku sudah santap di cherating steak house, yang kosnya, boleh aku buat makan untuk 2 minggu seterusnya. ok what?? kurang-kurang, takdalah jaki sangat masuk kedai mahal..
Bila aku pikir sikit je lagi kedepan.. betullah orang cakap. Duit boleh cari. Kegembiraan bukan senang nak dapat. Bukan semua orang boleh bagi kita kegembiraan hidup nih...
Semuanya berlaku pada awal bulan.. awal bulan la titik tolak permulaan idup aku pada bulan berkenaan..
Kalau gaji riban-riban, sabtu, ahad kena kerja, nak tido bangun pukul 2 petang pon mustahil, buat apa???.. kalau hari minggu pon masih pening pasal kerja? Kalau gaji rib-rib ni, nak ajak berhibur pon payah………mmmm....
tak ngam lah..
Biar gaji sikit, duit tak pernah nak menyimpan, a.k.a tak pernah ada sampai hujung bulan,
Janji, aku suka dengan kaitan duit dengan hidop aku sekarang....