3

kembali

Posted by jackfred on Monday, May 31, 2010

sudah lama aku meninggalkan mende nih.. tapi bila Thom memulakan bicara.. hati jadi semakin tidak tenteram.. nafas kembali berdegup kencang..

adrenalin yang suatu ketika menjadi kegilaan darah muda aku, kini kembali menular di setiap genap sudut urat darahku yang hampir lesu..

pop, control, landing.... sempurna sudah asas kepada segala kegilaan yang dulunya tidak mengenal masa.. OLLIE.. kalau OLLIE masih berbisa, masakan KICKFLIP menjadi mustahil..

kini setiap petang, skateboard yang baru dibeli, menjadikan masa riadah aku kembali terisi.. ketika peluh-peluh jantan mencurah-curah, kaki mula terasa lebam-lebam, ketika itulah semangat Rodney Mullen datang menyapa..

it's must be hard, but, this is your life".. bisik Mullen sambil melakukan ollie melepasi kepala aku..

cayalah Thom.. Lu telah mengembalikan kegembiraan sepuluh tahun lepas aku.. kepuasaan bercinta dengan skateboard nih, mengatasi kecintaan terhadap facebook aku..

aku akan terus bermain sehingga tiba solat magrib... jap.."pukul 6, 7.. ok lah tu.. walau sejam pon, janji aku hepi"...

pheewww.... bahagianyaa....








1

perfeto..

Posted by jackfred on Friday, May 14, 2010











satu malam, tak pasal-pasal, aku tertonton satu filem. tiada apa yang istimewa pada cerita ini, hanya mahu mengisi, masa lapang..

tapi, watak Leigh Anne Touhy ini, memang terbaek. di sebabkan, cerita ini berdasarkan kisah sebenar, watak ibu superb ini, pasti wujud di dalam dunia nyata.



sesiapa ada kenal perempuan berpewatakkan macam dia ini???



4

perkahwinan

Posted by jackfred on Tuesday, May 04, 2010

Di saat topik perbualan aku dengan Abs masih berkisar kepada hal Obama, tiba-tiba..

PINNN!!!!! PINNNN!!!!!...

W T F ???

Bentak aku… seraya terkejut dengan Hon kenderaan yang dibunyikan betul-betul hamper dengan lokasi aku dan Abs sedang menikmati jus-jus perbualan.

Berlatar belakangkan kedai makan biasa, yang menyediakan tempat makan di luar premis perniagaan, sumber bunyi hon itu datang dari sebuah 4x4 milik salah seorang pelanggan di lot parkir premis berkenaan. Lokasi meja dimana tempat aku dan Abs menjamu makanan, tidaklah jauh dari kedudukan kenderaan tersebut. Hanya dipisahkan dengan sebiji kereta kancil sahaja. Mana tak terkejut..

Aku lantas mengintai tercari-cari kelibat siapakah yang di sekolahnya tidak di ajar pendidikan islam itu. Di dalam samar-samar kegelepan pukul 10 malam itu, kelihatan seorang brader sedang mendukung anak kecilnya yang sedang bermain di stering JEEP 4x4 tersebut.

Tak silap aku, brader ni dating dari meja itu kan?? Soal aku kepada Abs..

Abs : o’oh.. ye lah, dari meja itu..

Di saat aku mula menyedapkan hati bahawa bunyi hon yang dikeluarkan itu, adalah dari bayi yang dipangku brader tuh, kelihatan pula seorang lagi budak sebaya 5 tahun, sedang merengek berhapiran meja dimana seorang perempuan, sedang menikmati makan malamnya.

Rengekan budak kecil itu mengarahkan kepada kenderaan 4x4 itu. Barangkali budak itu juga anaknya..teka ku di dalam hati bagi menyempurnakan epilog sebuah keluarga.

Yeas.. sangkaan ku tepat..

‘Tunggulah mak makan tuh!!!’ Jerit lelaki yang berada di dalam jeep tersebut kepada kanak kanak kecil yang sedang menangis itu. Lantas bermain-main dengan anaknya di dalam kereta yang tidak dimatikan enjinnya.

Tiada apa yang pelik pada mulanya.. hanya sebuah episode suram makan malam oleh sebuah keluarga yang aku langsung tak nak amik tahu..

PINNN!!! PINNNN!!!!...

Argghhh… CHEAP BASTERD!!!!.. bentak ku di dalam hati.. takleh control ke anak ko tu dari menekan Hon di khalayak ramai ni?? Gua sudah semakin panas..

Hati aku sudah mula tidak tenteram dengan perlakuan brader tersebut..

Aku mula rimas dengan keaadaan semasa yang sedang berlaku itu., hon terus dibunyikan berkali-kali..dan hati aku bertambah panas.. badan aku semakin tidak stabil suhunya.. di celah-celah liang romaku, kelihatan bibit-bibit bulu serigala mula keluar sedikit-demi sedikit.. brader di dalam kereta tersebut akan menerima padah andai proses menimbulkan kemarahanku ini mencapai tahap semprna.

Di ketika saat kerungsinganku sedang memuncak, mata kecilku tertangkap kepada suatu episode luka..

Tak semena-mena, mataku tertangkap kepada perasaan si perempuan yang sedang menikmati makanan yang dimana anak kecil sedang merengek di sebelahnya, yang ingin mendapatkan bapanya di dalam kereta yang gilakan hon tersebut.

Tiba-tiba perasaan naluri lelaki aku tersentuh.. kerana, di saat brader tersebut meniggalkan isterinya makan sensorang, masa yang telah berlalu hamper 20 minit lamanya.. 20 minit, menigalkan isteri makan sorang-sorang? Kesian..

hati aku turut merasa kepiluan, wanita yang sedang menjamu makanan bersama linangan air mata di dalam hatinya.., langsung tidak memandang keaarah JEEP milik suaminya ketika Hon dibunyikan berkali-kali. Beliau juga tidak menghiraukan anak kecilnya sedang merengek ingin mendapatkan bapanya.. dia sedang menikmati air matanya..

di dalam hati aku, terlintas satu perkara yang dulunya, salah satu daripada subjek pemerhatian aku terhadap life after marriage…

mmmmhhh….. mataku masih menatap perilaku wanita tersebut, tanpa menghiraukan hon yang masih macam gampang terus di tekan-tekan ‘bayi’ di dalam kereta tersebut..

perlahan-lahan, dia bangun dari tempat duduknya di meja makan tersebut, lalu menuju kearah kenderaan milik suaminya itu, di bukanya pintu JEEP tersebut, lalu di capainya handbag berwarna hitam, terus menuju ke kaunter, seraya membuat bayaran terhadap makan malam mereka.. tidak sedikit pon dia memandang kepada wajah lelakinya yang sedang menuggunya di dalam kereta tersebut… setelah dia masuk kedalam kereta, mereka meniggalkan aku yang masih merumuskan hasil pemerhatian aku tadi yang sekian lama masih belum terumus..


aku tak kisah apa masalah mereka ketika itu... tolong lah jangan pamerkan kebodohan di khalayak ramai..

aku di tinggalkan keluarga tersebut dengan berberapa rumusan.

I am not a great lover.. but, aku kesian kepada mana- mana perempuan yang tertipu dengan perkahwinan..

i am not a great lover... but, i got brain..

P/s : kepada laki-laki yang berfikir menggunakan kemaluan, Jangan sibuk-sibuk nak kawen kalau otak belum cukup bernas untuk berfikir dan memimpin..


Copyright © 2009 OPTIMISME All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.