2

doktor

Posted by jackfred on Sunday, November 14, 2010
kedengaran pengumuman daripada pihak keselamatan hospital..

"TING TONG!!!!... makluman, kepada semua pelawat-pelawat sekalian, masa melawat anda telahpon tamat. sila beri kerjasama untuk menamatkan masa melawat anda dengan kadar yang segera!!! sebarang kelewatan akan dikenakan hukuman mati mandatori.."

aku yang masih menemani dan merangkap pelawat ayahku di dalam wad di sebelah katilnya, membelek jam pada tanganku. 8:00 malam.. huuhhh... ' malasnya la nak turun kebawah nih.. kecoh ar guard nih.. balik kerja sudah pukul 6 petang, cari parking kat hospital sudah sejam. berapa lama sangat dapat gua lepak sama bapak gua nih??"

kebiasaanya, ianya hanyalah pengumuman. biasa aku turun dari tingkat 5 itu, paling kurang pukul 11 malam.. lepak dulu lah..

di hadapan katil ayahku, seorang pesakit baru sahaja di masukkan ke dalam wad. aku bertanyakan kondisinya dari emak ku. biasanya, emak aku tahu..

bla-bla-bla.. oww... kesian...

ramai pelawat sedang berada di keliling brader yang hampir 90% kakinya melecur di timbus arang batu.. sedang keramaian berbisik bisik sesama sendiri, kelihatan seorang kelibat lelaki muncul di belakang mereka mereka ini..

lelaki tersebut membuka salinan-salinan x ray pesakit tersebut lalu melihatnya dari bawah sinaran lampu kalimatang wad berkenaan.. "laa.. doktor rupenye.. selekeh betul.. takde etika!!!"marah aku.. satu demi satu di beleknya.. sampai pada satu salinan, dia berhenti dan memerhatinya dengan lama... dia mengomel-ngomel sedikit yang pada aku, sangat kabur percakapannya.. "term doktor nih.."

semua pelawat-pelawat brader tersebut, telah beralih mengerumuni doktor tersebut pula dengan harapan, dapat mengetahui apakah kerosakan yang telah berlaku kepada kenalan mereka yang hampir lumpuh dari kaki kebawah tersebut..

sedang khusyuk mendengar penjelasan doktor tersebut, lalu seorang misi cantik molek Milah namanya, melepasi kelompok mereka yang mengerumuni doktor tersebut.. misi itu, memberhentikan langkahnya. kelihatan pelik.. lalu mengundur sedikit kebelakang, menghampiri kelompok tersebut..

siapa yang benarkan kamu semua ini melihat x ray pesakit ini??? ini sulit!!! tanya si misi tersebut dengan nada garang kepada kelompok kumpulan tersebut...

yeas!!!cantik, molek, garang!!! perfect misi!!!!... aku berbunga..

ya allah... macam mana Rama ni boleh sampai ke atas nih???

SECURITY!!!!! jerit misi tersebut..

ZAAASSSS!!!!! sepantas kilat doktor itu berlari meniggalkan pesakit, pelawat dan salinan-salinan X-RAY beterbangan, menuju ke arah pintu utama wad kiambang 5B...

saya di fahamkan Rama adalah seorang pelawat setia Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. dan, dia mengalami masalah halusinasi..

2 Comments


la,yeke?tatau plak aku...hahaa


aloloo...comel je rama ni... hauhauhaua....kitorg pon pnah kna tipu kat kl ni...hospital mane ntah tak igt...lg jahat...auntie aku time tu nak perate kepala kot...mcm2 'dwg' dia tunjuk...tp sian...x siuman plak...
tapi kacak...
lg kesian...
huhuhuhu...

Copyright © 2009 OPTIMISME All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.