5
aku sanggup..
Posted by jackfred
on
Monday, August 23, 2010
in
.
semenjak kebelakangan ni, aku payah gile nak tido waktu malam. macam-macam benda nak pikir dalam kepala.. ramadhan kali ini, betul-betul menguji kesabaran dan kesabaran aku.
kerja, belajar, ibubapa, masa depan.. ya allah...
aku belajar sedikit sebanyak tentang betapa untungnya aku dilahirkan sebagai seorang muslim setibanya pulang dari melawat ke negeri orang.. adakah selama ini aku tidak sedar ataupon sengaja menidak perkara yang sudah sememangnya dari dahulu memang sudah betul.. tetapi alhamdulillah.. sekurang-kurangnya, aku tersedar dari hidup aku yang sebelumnya terang terangan penuh dengan kkerugian..
balik dari shanghai.. aku kering.. satu sen pon aku takde. malahan duit aku telah tamat tempoh ketika percutian aku berbaki satu hari lagi di China. mujurlah boss aku memahami jenis aku ni, memang tidak pernah komited dan fokus bila tiba soal wang. kesan daripada sifat mahmudah ini, aku tidak mempunyai sekelumit wang pon untuk menghadapi bulan ramadhan kali ini...
aku kembali kepada jalan asas. jalan sepertimana sepatutnya aku lalui sebagai seorang hamba yang sedar diri.. memaksa dan berlawan dengan diri sendiri.. aku nekad.. walau apa pon terjadi selepas ini, aku tidak lagi mahu mengambil terlalu mudah, tanggungjawab aku sebagai seorang hamba yang hina lagi hina. kalau aku terlalai sekalipon, aku tidak akan mensia-siakan hari aku dengan hidup yang kosong. sekurang kurangnya satu hari, mesti mau tunduk sama Pencipta aku. mesti mau sembah. mesti mau sembah DIA.. Dia memang patut disembah sebab, sekurang kurangnya, dia masih memberi peluang kepadaku walaupon setelah berkali-kali aku mengabaikanNYA..
di saat aku mula mengenalpasti tujuan sebenar hidup aku ini, di saat inilah dugaan datang menjelma dalam bentuk berangkai - rangkai..
YA ALLAH.. andai benar KAU hanya menurunkan dugaan dan ujian kepadaku di dalam bentuk aku sebagai hamba yang hina ini mampu menghadapinya... aku sanggup... aku sanggup.. asalkan kau meredhai cara hidupku sebagai seorang hamba..andai dugaan dan cabaran ini adalah proses ENGKAU membersihkan dosa-dosa kecilku sebelum ini, aku sanggup YA ALLAH... biar aku kenal siapa tuan, siapa anjing... kalau ujianMU ini adalah balasan kepada kejahilan ku sebelum ini, aku sanggup ya allah, asal di akhirat kelak, aku dilepaskan Azab MU YA ALLAH..
dari segala apa bentuk ujian yang aku terima dan lalui ini, segala keperitan, kesedihan, kekesalan.. hanya satu permintaanku kepadamu YA ALLAH.. hanya KAU sajalah tempat aku berharap...
andai KAU tanya apa yang ganjaran yang aku mahu andai aku berjaya mengharungi setiap ujian ujianMU,.. aku hanya memohon agar...
KAU ampunilah dosa kedua ibubapaku.. berilah mereka perlindungan dari MU YA ALLAH.. berilah kekuatan kepada bapaku dalam dia melawan penyakitnya YA ALLAH.... Aku tidak sanggup melihat beliau di dalam keaadaan tidak mampu untuk memarahiku... aku tidak sanggup beliau terketar-ketar menahan kesakitan YA ALLAH.. aku tidak terdaya YA ALLAH..aku tidak berani untuk menatap mukanya yang sedih menahan kesakitan... aku takut YA ALLAH...
YA ALLAH... aku memohon kepadamu YA ALLAH...
Ujian ini tersangat berat bagiku YA ALLAH.. aku ini hamba MU yang lemah lagi hina.. aku tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya.. aku tidak tahu... Aku tidak jumpa jalan penyelesaian bagi ujian MU yang ini YA ALLAH.. aku buntu YA ALLAH.. aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan.. andai KAU gandakan ujianMU terhadapku demi mengantikan ujian ini, aku sanggup YA ALLAH.. aku sanggup dengan izinMU YA ALLAH...
aku sanggup....
aku tersangat sayangkan dia YA ALLAH..