1

bila ???

Posted by jackfred on Wednesday, July 06, 2011
Bila gua bercakap tentang pemimpin yang zalim, Makcik Yah yang tadinya baru melepasi gua, berpaling 2,3 menoleh sambil meneruskan berjalan.

bila gua bercakap pasal demokrasi, brader yang berniaga ikan di sebelah kedai emak gua semakin kuat mencincang sesuatu di atas landasnya. sepertinya tiada bersetuju dengan pendapat gua tentang demokrasi.

bila gua kata, kenaikan harga barang semakin menyusah dan menghimpit, makcik semah peniaga kedai runcit, memulangkan baki belian gua secara kasar, tanda timbul bibit-bibit kemarahan.

abis, gua boleh bercakap pasal apa? Akedemi Fantasia je ke? ke Imam Muda? baru makcik yah dan makcik semah nak jadikan aku menantu? hissshhh....

abis kalau bukan orang sebaya macam gua ni pikir tentang keadaan semasa pemerintahan sekarang, siapa lagi??? sudahlah di zaman ini muda mudi asik berhibur sahaja.

kalau bukan generasi di aliran-aliran gua bakal memerintah akan datang, siapa??? budak-budak shuffle yang tengah terkinja-kinja tu ke? ke yang sibuk menyedapkan suara nak masuk bertanding AF tu?

logik la orang kampung oii...

Televisyen itu benar... Yahudi juga bangsa yang benar....

1 Comments


jadi kuda tunggangan.bercakap apa yg mereka mahu kita ckp...

Copyright © 2009 OPTIMISME All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.