4

Penyesalan tak berkesudahan

Posted by jackfred on Friday, September 11, 2009
kerja rumah da siap.. perut dah kenyang. doraemon da abis. tapi, petang ni, kepala aku masih di belenggu ketidak sedapan mood. 'aduh macam mane ni. tak boleh jadi macam ni..' bentak aku kerunsingan..

'anep... semekom... anep..!!!!!! anep... ' aduh sape pulak cari pasal time aku takde mood ni..

'waalaikumussalam.. mende??..' spontan aku jawab setelah mendengar panggilan dari luar halaman rumah.. suara itu, cukup aku kenali sejak kecil.. 'stail panggil mendayu-dayu gitu'.. sebaik aku menjengukkan muka di sebalik pintu rumah, muka Mamat Kambing yang masih lengkap berpakaian sekolah bersama basikal kuatnya, menyeringai..

'mende Mamat? aku malas nak ke sane, panas ni..' soal aku dalam mood aku malas nak layan dia..

mari la sini ngok!!! aku nak tunjuk satu mende kat ko ni.. jelas Mamat sambil mempamerkan giginya yang putih. mungkin sebab selalu minum susu kambing belaan ayahnya.

aku bertambah panas hati.. tengah-tengah panas terik, mase aku tengah takde mood ni lah, die buat muka gay kat depan pagar rumah aku.. demi menjaga persahabatan yang berterusan, aku menjemputnya masuk ke dalam halaman pagar rumahku. aku malas nak berpanas terik,
sebab budak pompuan kelas aku cakap, matahari tengahari tak bagus untuk kulit.

Mamat, macam kambing tertelan plastik aiskrim, terkinja-kinja menusuk masuk kedalam halaman rumahku. aku masih terduduk di tengah-tengah pintu hadapan rumah yang memisahkan luar dan dalam rumah. Agaknye, hasil daripada mimik muka pegawai kerajaan yang bengkek kene buat overtime, Mamat menjadi bengang.

apahal ko ni?? cam taik je muka. aku tendang kang. sound si Mamat ni kepadaku.

'aihh!!!!.. cari pasal kambing ni..' bentak aku dalam ati akibat terkene
sergahan beliau, aku tersegar.. takut ade gak..

'yela-yela.. mende? soalku..'

dengan perlahan-lahan, mamat membuka begnya, lalu mengeluarkan bungkusan plastik bewarna merah yang berisi...

MERCUN!!!!!!!!!

yeah!!!!!! i feel good, tananananana.. i knew that i would..tananananana.. yeassss!!!!!! cayalah Mamat!!! aku kucup dahi Mamat berkali-kali tanda kasih sayang.. terima kasih kambing.. ko da menyelamatkan mood seluruh manusia seperti aku petang nih..

bile? soalku sambil melompat-lompat keriangan..

'malam ni, lepas terawih?..amacam?' jawab Mamat ala-ala hero penyelamat dunia sambil sebelah kaki di atas pasu bunga mak aku, menongkat dagunya, sambil pandangannya di halakan jauh ke luar pagar rumah aku.. cayalah Mamat.. lu memang hero..

malam belum pon menjelma, tapi aku tak berhenti-henti lagi melompat dari petang tadi..

malam

abis je tok imam bagi salam, angkatan-angkatan pengebom berani mati, sepantas lipas, berlumba-lumba mengambil beg plastik yang dari awalny memang dah disuruk di dalam tandas masjid. ngam... malam ini israel patut mati!! cayalah..

lokasi di jumpai.. semua pengebom berkumpul.. hanya menunggu isyarat serang.. cantek..

Mamat yang memang macam haram sikit perangainye, telah melakukan serangan pertama kepadaku sebelum isyarat serang dilaungkan.. mercun lemparannya sedikit tersasar ke sebelah kananku.. hampir-hampir mengenai G-Shock ku.. celake..

isyarat serang di isytiharkan aku sendiri..

'aku bukan israel weh.. bongok!! jage ko..' dengan penuh dendam, aku capai lastik, aku melastik mercun bola pertamaku kearah Mamat. serangan pertama..
hahaha.. macam kambing di curahi air hujan bergelimpangan larinya.. hahahaha.. syiokkk...

bermulalah episod pengeboman israel secare runcit-runcitan..dentuman sana sini.. percikan api, dimana-mana.. kanak-kanak keriangan macam dalam iklan scout emulsion gitu.. wajah-wajah keriangan terpampar dalam mode slow motion..

malam itu, upacara pengeboman israel hampir sahaja berakhir... mercun aku, yang aku pow pada Mamat petang tadi, masih berbaki dua ulas.

'ko ade lagi mercun Nep?'.. tanya si Mamat..

'ade.. kenape??..' soalku tak puas hati.. aku tau dah, die nak pow balik.. cibet.. buruk siku betul kambing nih..

bagi satu.. pinta Mamat sambil menunjukkan di tangannya ade seekor katak yang meronta-ronta ingin dilepaskan..diiringi seringai setannya..

'PALE OTAK LU!!!!!!!!... no way man!!!!! there is no in the hell i will give you a way to do this.. damn man.. you willbreak our own mankind man!!...' ujar ku kepada mamat ala-ala Will Smith..

tapi.... tak salah kalau kau try beb.. hahahahahaha... setan da kene ikat, aku tak tau la kenapa malam tu, hati aku bagai di rasuk Mamat supaya mengeksperimenkan reaction katak tu, bersama tindakbalas mercun bola..

sumbu di nyalakan di tangan Mamat, dengan segera, Mamat memaksa mercun tersebut di telan katak kesian itu.. aku memang dari tadi da menutup kedua belah telingaku.. aduh.. tak sanggupnye aku..

ready-ready.. katak dilepaskan di atas jalan.. baru sempat satu lompatan ingin menyelamatkan diri, POMM!!!!!!

tuuuuuttttt.... memang kene sensor.. kejam gile..

tragedi paling kejam pernah aku lamai semenjak aku lahir.. biar lastik anak ayam dari letupkan katak.. ya allah... ampunkan dosaku.. dan rakan-rakan nakalku..

sejak pada malam itu, Mamat, adalah pejuang kepada hak kebebasan serangga-serangga dan haiwan setempat. barang siapa yang di tangkap Mamat sedang menyeksa binatang, akan Mamat letupkan pesalah tersebutsecara hidup-hidup.. pernah ada kes,seorang budak mendera kucingnya, tapi emosi mamat, sempat dikawal rakan-rakan..

Mamat telah bertaubat.. begitu juga aku..

maafkan aku katak yang malang,kerana terlibat sama menyumbang kepada pembunuhan kejammu..

4 Comments


gile la lu bai...kalu aku da xle tido lgsg da...iskh...tp besela tu,zaman testing2 ni sume bnde nak sumbat ngan mercun!haahhahahaa...tp gua xdela skejam lu bai...haha~

neway,gud job ah lu...ni kisah benar ke ko tambah lauk sket2?hahah...nice sial...aku kalu dah start taip mmg ssh nk benti..bila dah benti ssh nak start...tu yg leceh tu...


This comment has been removed by the author.

hahaha.. thanks bro. kisah ni memang di adaptasi dari cerita wa mase kecik-kecik dulu. dulu, katak memang sinonim dengan mercun. tu pasal la agaknye.. haha.. tapi skang da insap beb.. peace. no war againts animals..

tak payah start, cari mase yang sesuai jek nak melepak pekena kopi ngan lu ni.. amcam? raya kuantan?.. ngam..


lu ade kat sane ke dlm raye ke3-4 nih?aku pon blom comfirm lg bro...xleh nk janji r~

Copyright © 2009 OPTIMISME All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.