thanks beb..
kalau takde lu orang, aku ingat aku da mati da di hari jadiku hari ni.
2 sept 2009
11:00 malam
dah dua hari perot aku sakit. memulas tak tentu hala. ikut suka dia. aku ingat sakit biasa. tapi malam ni, memang aku da tak tahan. 'ya allah, sakit ape kau bagi aku ni'. aku masih mampu bertahan. 'jap lagi ok la ni..'
3 sept 2009
4:00 pagi
aduh.. apsal laen macam sakit aku ni. sabar.. 'jap lagi ok la ni. sangkaan ku lagi..' selang 5 minit sakit makin menjadi-jadi.. aku da tak sedar ape yang berlaku time tu.. aku terbaring mengkrekot di dalam bilik menahan kesakitan.
4:30 pagi
'tom, boleh tolong anta aku pergi klinik? '.. naseb bek Tom belom tido. perut aku da macam sial ni. sepantas kilat Tom mencapai Jacket nye, terus mengambil kunci kereta. 'weh aku nak ikut gak weh..' pinta Hery.. aku da tak sedar mende dah time tu. masuk-masuk dalam kete, sakit perot aku ni da bertambah sakit. ape yang aku ingat, Tom bawak kete macam pelesit kota. laju cam haram.. aku da tak peduli, janji setan dalam perot aku ni keluar. 'weh, baring la, lega sikit..' pesan Tom dan Heri berselang..
5:00 pagi
setelah singgah di berberapa klinik yang kononnya 24 jam tutup, Tom terus shoot pegi hospital.
5:15 pagi
'nep, da sampai hospital..' ujar Tom sebaik kereta diberhentikan.aku yang tersedar kereta berhenti, terus keluar mencari arah mana yang hendak dituju. sesampai di hospital, aku di minta menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan. betullah orang hospital ni. aku ni yang tinggal tak mati je lagi ni, boleh diorang buat sambil lewa membiarkan aku menangis, mengerang menahan kesakitan. tak patot betul..
setelah mendapat dua injecetion di bahu dan tangan, doc menyuruhku mengambil x-ray di bahagian badanku. aku semakin cuak menanti keputusan. sakit perot ape sampai x-ray nih. aduh.takkan sebab rokok kot.
6:00 pagi
sakit awak ni, berkemungkinan gastrik ataupon acid overflow. kate doktor cina tu tanpa satu ayat kepastian selepas melihat x-ray aku. makan ubat yang saya bagi ni. kalau ubat ni da habis, still tak ok, u kene datang jumpe i balik. katanya.. tak meyakinkan langsung.. di sebabkan aku da malas nak berurusan dengan pihak hospital, aku malas nak menyoal die banyak-banyak.. terus ok, dan keluar dari bilik pemeriksaan tuh.
sepanjang hari ni, aku memang bergantung 100% dengan ubat ni. sakit je, wa telan, memulas jek, wa telan.. tak sanggup menahannye lagi..
kalau nak cerita pasal hospital kerajaan aku post entry laen nanti. yang penting skang, kalau takde Tom and hery and ubat doc ni, belum tentu aku boleh menaip entry ni. thanks beb..