4

watak utama part 1

Posted by jackfred on Sunday, October 18, 2009
Sedang aku melepak melayan Awang dan Qd di dalam bilik bermain daun terup, tetiba aku terdengar riuh rendah di luar kediaman kami. ‘ Amende yang bising sangat kat luar sana tu?’. . soal Awang sambil mencuri melihat daun-daun milik Qd. Bagus, Awang pon dengar juga. Nyata ku di dalam hati. Awang memang tak senonoh sikit perangainya bila main daun terup beramai-ramai ni. Selit daun celah kaki la, intip daun orang la, tipu turn la, macam-macam lagi la helah dia. Patutla dia selalu menang.

Mula-mula, aku malas untuk mengambil port dengan apa yang berlaku di kawasan flat rumah kami. Memang dah selalu sangat ada kes-kes kekecohan tanpa kawalan berlaku saban hari. Bergaduh laki bini, mendera anak-anak degil, mengejar pencuri motor dengan parang, men’gorder burger dari rumah tingkat 4 ke bawah kawasan perkarangan letak kereta. Yang paling aku dah terbiasa, orang belakang rumah kami yang mana anaknya selalu melalak, sebab mak bapak diorang tak menunaikan janji diorang membawa budak melalak tadi pergi KFC. Bawak je la. Tahan pulak telinga aku dengar anak korang melalak mende yang sama. Siap aku boleh hafal lagi lalakannya.

Keadaan menjadi semakin riuh. Bunyinya semakin tak terkawal, kedengaran berberapa suara gadis-gadis menjerit tak tentu hala, seperti sedang menonton cerita hantu Malaysia, lebih banyak menjerit dari seram. Kali ini tahap kuriusiti aku meningkat kepada 300%. ‘Weh, laen macam je bunyinya ni’.. selit aku ketika permainan Royal kami tidak lagi ngam. Aku mengambil keputusan untuk menjenguk ke luar jendela bagi menterjemahkan kekecohan yang sedang berlaku ketika itu.
Kami bertiga bergegas ke tepi tingkap bilik untuk menjadi penyibuk sama.’ Alamak.. apahal lak tu??.. ketiga-tiga kami bertanyakan soalan yang sama serentak.’ Gay gila woii!!!..’ itu tak penting, yang penting sekarang, kejadian yang berlaku di blok sebelah rumah kami, kali ni, memang kes “rare”.

Kelihatan seorang lelaki sedang berdiri di balkoni rumahnya ,kedudukannya bukan lepak-lepak, tetapi di bucu-bucu balkoni gitu. Kelihatannya seperti ingin membunuh diri. ‘Apahal lak mamat ni. Nak terjun, terjun je la. Beria nak orang ramai-ramai tengok dia mati’.. marah Qd. Keadaan di luar sana dah memang riuh rendah tak ingat. Di bawah, di kawasan parking kereta, penduduk – penduduk setempat makin memenuhi perkarangan. Belum kira yang menyaksikan kejadian dari balkoni rumah masing-masing jek. Memang meriah la katakan. Cuma rumah kami je takde balkoni. ‘Stupid arch****t !’.. marah Awang. Jadi, panorama kami terhad sedikit jika nak di bandingkan dengan orang lain..

Sepantas kilat, tanpa sebarang dugaan di hati masing-masing termasuk hati watak utama tadi, beliau melakukan terjunan berani mati dari tingkat 4 rumah tersebut, ke bawah!!!.. Terjunan beliau diiringi dengan jeritan makcik-makcik, budak-budak perempuan UiTM, dan debaran hati kami bertiga.. ‘Aduh nak tercabut jantung aku ni,’ gila apa wat stunt gitu? Jackie Chan piker tiga kali oiii..Smart…smart..’ Ujar Qd dalam nada yang berdegup jantungnya.. setibanya lelaki tersebut di atas tanah, semua orang yang memenuhi perkarangan tempat letak kereta di bawah blok tersebut, perlahan memberi ruang kepada penerjun berani mati tersebut.. mula-mula perlahan-lahan, tetapi semakin lama, semakin bertempiaran kesemua mereka di bawah sana lari sepertinya ingin menyelamatkan diri masing-masing.

Aku yang terpinga-pinga dengan apa yang berlaku, asik bertanya kepada siapa pon aku tak tau, sebab 2 ekor tu, buat tak amik port je dengan soalan aku. Gampang. Macam tengok Action Movie dari steven spielberg dia punya khusyuk. Akhirnya, aku mendapat jawapan secara tersendiri..
‘PISTOL’

Ketiga-tiga kami serentak member jawapan kepada ketempiaran yang berlaku di bawah sana.. tiada lagi Gay. Yang tinggal hanyalah debaran hati yang semakin berdegup kencang di dalam dada masing-masing yang menyaksikan kejadian tersebut...

to be continue.. part 2..

4

keluhan

Posted by jackfred on Saturday, October 17, 2009
kebelakangan ini, hidup aku di hantui macam-macam mende. kerja, belajar, keluarga, kawan-kawan dan kucing-kucing orang sebelah rumah.. semua ni masalah. aku selalu mengeluh. hari-hari mengeluh. PENAT, LETIH, MENGANTUK, BOSAN dan ARGGHHH!!!!..

tapi bila kadang-kadang aku sempat terfikir, aduh.. ' kenapa mesti macam ni.. ini kan hidup. ada senang, ada susah. ada atas, ada bawah. mengadu dalam hati sama yang di atas sana kan dah cukup. kenapa mau mengada-ngada mau mengeluh?' tanyaku pada diri sendiri..

disebabkan sempat lagi berfikir, alhamdulillah.. aku dapat lagi menyanyi lagu Jarvis Cocker keriangan, menggelakkan diri sendiri sebab lemah dan akhirnya, menulis sedikit luahan hati.

kenapa mesti mengeluh? tak kuat langsung!!.. tapi.. untuk ketika ini sahaja. mungkin lagi dua minit, aku mengeluh kembali.. mmmhhhh... aku rase sebab aku kurang berfikir la.. so, aku nak berfikir sekarang.. jom isap rokok dulu..

6

Rumah Baru Hery..

Posted by jackfred on Monday, October 12, 2009
Hery baru sahaja memiliki rumah baru. Seharian dia bertungkus lumus membersihkan rumah barunya itu. semangatnya mencuci rumah kali ini luar biasa. kerana kebiasaannya, dia memang selalu tiada di rumah bila orang lain mengemas.
bukan melarikan diri, tapi memang selalu bernasib baik.

kali ini, kerajinan Hery tidak dapat di nafikan lagi. dia memang betul-betul penat. dari petang sampai malam, asik mengaduh penat, lenguh, pening-pening kepala, loya nak muntah-muntah dan merasa ada objek menendang di dalam perutnya.

malam menjelma. aku dan Thom yang baru sahaja tiba di rumah dari kuala Lumpur, kesian melihat Hery kepenatan di atas sofa keras, berkain tuala sambil menonton tv, kami bertanyakan khabar.. kenapa Weh??.. soal Thom.. Hery mengadu lagi kepenatannya.setelah melihat Hery betul-betul penat, aku dan Thom membuat keputusan ingin menolong Hery menyiapkan rumah bakal pengantin tersebut malam ini juga. rumah barunya itu, tidak lah jauh dengan rumah bujang yang di mana kami menetap sekarang, hanya 240 kilometer. sayur jek.. Bak kata Thom.

setelah siap mandi-mandi, makan-makan, lalu kami terus shoot ke rumah baru Hery. aku, nak kata penat tu takdalah, sebab malam ni juga, aku harus melakukan kerja overtime di ofis. alang- alang overtime, apalah salahnya kalau aku dan Thom meluangkan masa membanting tulang empat kerat membantu Hery menyiapkan rumah beliau. Thom nampak bersungguh kali ini.

sesampai je di rumah, tetiba rase penat. nak dijadikan syarat, masukla sekejap, melihat latar belakang rumah baru Hery.tak sampai seminit, Thom, lepak sap kok kat luar jom..' pelawa ku setelah mellihat Thom pon dah macam da lemau. Sesambil menghisap rokok di luar, kami bercerita tentang kelebihan dan kekurangan kereta proton gen 2 milik jiran sebelah rumah Hery. 'pung pang, pung pang..'.. Kedengaran Hery sedang membasuh bilik air. Kasar bunyinya.. Kesian plak, tak ngam plak rase ni... tapi, aku capai lagi sebatang rokok, kali ini, Thom bukak cerita pasal pengalaman di sapa anjing ketika bersama Jhon di RTM kuantan.. layan..

Setelah merasakan paru- paru semakin mengamuk di dalam dada ini, aku mengambil keputusan untuk berhenti menyiksanya lalu kembali kedalam rumah baru Hery dengan niat ingin membantunya. Kelihatan Hery sedang memasukkan besi-besi kedalam kepala langsir. yeke orang panggil kepala langsir. entah..

Cukup ke besi ni? soalku kepada Hery dengan niat, mewujudkan komunikasi kerana, muka Hery hampir 78% berubah. tanpa sebarang jawapan lalu, aku mengerti maksudnya. aku capai sehelai langsir, lalu melakukan perkara yang sama seperti yang sedang Hery lakukan.

Sedang aku asyik memasukkan besi ke dalam ruang yang telah di sediakan di kepala langsir tersebut, terlintas sesuatu dalam kepalaku, camni ke semangat orang nak kawen??..

tiba-tiba, dengan tak semena-mena, aku dapat merasa kebahagian yang sedang Hery rasakan ketika itu..

alangkah bahagianya kalau ini rumah aku,
aku yang nak kawen tak lama lagi..
dan bakal menikmati kebahagian berkahwin seperti mana bakal Hery lalui nanti di dalam rumah yang sedang aku sendiri siapkan ini...

tetibe..

ko ni apahal jack? sergah thom..

aku : apahal apa?..

Thom : apahal apa.. lu tersengih sorang-sorang apahal?

Aku : haisshhh!!!!! mana ada.. lu gila apa? ..nafi aku..

takkan gua nak cakap kat dia yang gua dah terberangan.. cilakak!!.. macam mana gua boleh tak perasan gua tersenyum ni.. aduh....

3

brain hamstrings...

Posted by jackfred on Tuesday, October 06, 2009
masih menunggu detik yang sesuai untuk memberi keputusan disertai dengan perlaksanaanya. masih di belenggu alasan yang direka sendiri demi memenuhi kehendak hati yang tidak pernah tetap pendiriannya.

bila di tanya, "bila nak mula?"
akan di jawab, "sebentar lagi mungkin.."
tiada langsung bibit kepastian disitu..

apa yang diinginkan hati, masih belum dituruti, cuma yang ada hanyalah alasan sebagai penyedap rasa. apa yang di kejarkan masih belum di tetapkan, cuma angan-angan ahmar senantiasa berlegar di ruang yang sempit.

kemana perginya cita-cita?
adakah sekadar di dalam minda yang sama sekali tidak terurus ini?

kemana cintanya?
adakah ianya adalah mainan hidup, atau propaganda politikus yang lagi menipu, dan terus menipu.. komitmen? melembapkan proses mencari identiti...

kesudahannya?

menyumpah seranah PC kerana kipas power supply berbising terlalu bingit. lalu ku sedut lagi asap berkenaan supaya proses brain hamstrings ini dapat di hentikan selama 5 minit..

Copyright © 2009 OPTIMISME All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.