4

watak utama part 1

Posted by jackfred on Sunday, October 18, 2009
Sedang aku melepak melayan Awang dan Qd di dalam bilik bermain daun terup, tetiba aku terdengar riuh rendah di luar kediaman kami. ‘ Amende yang bising sangat kat luar sana tu?’. . soal Awang sambil mencuri melihat daun-daun milik Qd. Bagus, Awang pon dengar juga. Nyata ku di dalam hati. Awang memang tak senonoh sikit perangainya bila main daun terup beramai-ramai ni. Selit daun celah kaki la, intip daun orang la, tipu turn la, macam-macam lagi la helah dia. Patutla dia selalu menang.

Mula-mula, aku malas untuk mengambil port dengan apa yang berlaku di kawasan flat rumah kami. Memang dah selalu sangat ada kes-kes kekecohan tanpa kawalan berlaku saban hari. Bergaduh laki bini, mendera anak-anak degil, mengejar pencuri motor dengan parang, men’gorder burger dari rumah tingkat 4 ke bawah kawasan perkarangan letak kereta. Yang paling aku dah terbiasa, orang belakang rumah kami yang mana anaknya selalu melalak, sebab mak bapak diorang tak menunaikan janji diorang membawa budak melalak tadi pergi KFC. Bawak je la. Tahan pulak telinga aku dengar anak korang melalak mende yang sama. Siap aku boleh hafal lagi lalakannya.

Keadaan menjadi semakin riuh. Bunyinya semakin tak terkawal, kedengaran berberapa suara gadis-gadis menjerit tak tentu hala, seperti sedang menonton cerita hantu Malaysia, lebih banyak menjerit dari seram. Kali ini tahap kuriusiti aku meningkat kepada 300%. ‘Weh, laen macam je bunyinya ni’.. selit aku ketika permainan Royal kami tidak lagi ngam. Aku mengambil keputusan untuk menjenguk ke luar jendela bagi menterjemahkan kekecohan yang sedang berlaku ketika itu.
Kami bertiga bergegas ke tepi tingkap bilik untuk menjadi penyibuk sama.’ Alamak.. apahal lak tu??.. ketiga-tiga kami bertanyakan soalan yang sama serentak.’ Gay gila woii!!!..’ itu tak penting, yang penting sekarang, kejadian yang berlaku di blok sebelah rumah kami, kali ni, memang kes “rare”.

Kelihatan seorang lelaki sedang berdiri di balkoni rumahnya ,kedudukannya bukan lepak-lepak, tetapi di bucu-bucu balkoni gitu. Kelihatannya seperti ingin membunuh diri. ‘Apahal lak mamat ni. Nak terjun, terjun je la. Beria nak orang ramai-ramai tengok dia mati’.. marah Qd. Keadaan di luar sana dah memang riuh rendah tak ingat. Di bawah, di kawasan parking kereta, penduduk – penduduk setempat makin memenuhi perkarangan. Belum kira yang menyaksikan kejadian dari balkoni rumah masing-masing jek. Memang meriah la katakan. Cuma rumah kami je takde balkoni. ‘Stupid arch****t !’.. marah Awang. Jadi, panorama kami terhad sedikit jika nak di bandingkan dengan orang lain..

Sepantas kilat, tanpa sebarang dugaan di hati masing-masing termasuk hati watak utama tadi, beliau melakukan terjunan berani mati dari tingkat 4 rumah tersebut, ke bawah!!!.. Terjunan beliau diiringi dengan jeritan makcik-makcik, budak-budak perempuan UiTM, dan debaran hati kami bertiga.. ‘Aduh nak tercabut jantung aku ni,’ gila apa wat stunt gitu? Jackie Chan piker tiga kali oiii..Smart…smart..’ Ujar Qd dalam nada yang berdegup jantungnya.. setibanya lelaki tersebut di atas tanah, semua orang yang memenuhi perkarangan tempat letak kereta di bawah blok tersebut, perlahan memberi ruang kepada penerjun berani mati tersebut.. mula-mula perlahan-lahan, tetapi semakin lama, semakin bertempiaran kesemua mereka di bawah sana lari sepertinya ingin menyelamatkan diri masing-masing.

Aku yang terpinga-pinga dengan apa yang berlaku, asik bertanya kepada siapa pon aku tak tau, sebab 2 ekor tu, buat tak amik port je dengan soalan aku. Gampang. Macam tengok Action Movie dari steven spielberg dia punya khusyuk. Akhirnya, aku mendapat jawapan secara tersendiri..
‘PISTOL’

Ketiga-tiga kami serentak member jawapan kepada ketempiaran yang berlaku di bawah sana.. tiada lagi Gay. Yang tinggal hanyalah debaran hati yang semakin berdegup kencang di dalam dada masing-masing yang menyaksikan kejadian tersebut...

to be continue.. part 2..

4 Comments


part 2!!!! nk part 2!!!... plizz.... :)


"kuriusiti"???

...ko sekolah mana dulu?


okeh...sila segerakan partII anda...!!hahah...


die malaykan his english..sekolah anept sdn bhd..curiosity la nept..

Copyright © 2009 OPTIMISME All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.