5
Sape kate kucing tak boleh jadi anjing??
Posted by jackfred
on
Saturday, August 08, 2009
Satu pagi… setelah aku dalam lingkungan pukul 7 pagi’an, aku melepaskan lelah di belakang kedai makan kepunyaan nenekku. Hari minggu adalah hari aku membantu nenekku di kedai makannya. Dibayar beb. Takde keje ikhlas-ikhlas ni.. Aku mengeluarkan sekotak rokok Winston light 14, lalu aku capai sebatang, langsung menyalakannya dengan penuh gaya iklan cowboy malboro. Nyalakan rokok pakai kayu api, sambil kepale teleng ketepi sedikit.’ Fuuuhhhh….’ Layan.. pekena rokok bercampur kabus pagi ni, laen macam sikit die punya pegi..
Meja-meja telah di setup, kerusi-kerusi makan sudah berada di dalam posisi bersedia untuk diduduki, kerja-kerja setup meja di warung dilakukan dengan cemerlang. Waktu paling ngam isap rokok kebiasaannya setelah membuat kerja-kerja berat.selepas makan, itu wajib!. sedang aku menghembuskan gumpalan-gumpalan asap rokok di udara, aku terlihat sesuatu kejadian yang aku rase macam pelik.
Lantas aku berdiri untuk mendapatkan kepastian dari mataku sendiri. ‘budak ni maen ape?’.. kelihatan anak polis yang berpakaian tido bersama taik matanya, di belakang kedai nenekku sedang bermain dengan kucingnya di dalam kawasan halaman rumahnya. Jarak antara aku dengan kejadian yang aku sendiri confius dengan ape yang perlaku, tidak lah begitu jauh, cume sebatang suria.. Analisa telah dibuat,.. ya..memang kucing sedang bermain dengan tuannya yang pada aku semacam seorang budak yang baru berumur 4 tahun.
‘peliknya’..Aku tidak pasti kenapa aku pelik. Sepertinya, tiada yang pelik. Tapi… kenape kucing itu berkelakuan seperti anjing?. Bermain seperti anjing? Anda pernah tengok anjing bermain fresbee dengan tuannya? Begitu lah juga kejadian aneh yang sedang berlaku di hadapan mataku sekarang. Yaa… itulah yang pelik. Kucing berkelakuan seperti anjing.
Tuannya seperti melemparkan sesuatu objek ke arah tanah lapang, sepantas kilat kucing itu bergegas mendapatkan objek yang di baling tuannya tadi. Lalu dibawanya kucing tersebut objek yang di baling kepada tuannya kembali. Damn.. smart gile kucing nih.. memang macam johny the dog la..
Kepuasan hati aku masih belum terjawab. Ku sedut lagi asap rokok ku dalam-dalam. Analisa demi analisa.. argh!!!!! Jammm…..demi memenuhi kehendak hati aku yang sangat jeles dengan kemahiran budak tadi, lantas aku menghampiri wonder kid tu..
Aku campak rokok aku di atas lantai, lalu ku pijak-pijak, dengan penuh kemarahan berbaur cemburu, aku menghampiri pagar pemisah antara kami.‘ dik, jap dik!.. meh kat abang jap’ perbualan kami disempadankan dengar pagar kawat milik berek polis kepunyaan bapak budak tersebut. Sambil berlari, kanak-kanak itu bergegas menghampiri ku yang sedang mencangkung sambil memegang pagar kawat sempadan itu. Tujuannya supaya aku satu paras dengan budak-budak yang kebiasaaanya, 3 hingga 4 kaki je tingginya. Nampak mesra sikit.
Aku sedikit pon tidak memandang kearah muka budak yang sedang menghampiri ku itu. Mataku, aku fokuskan terhadap objek yang dilemparkan oleh budak itu kepada kucing nye itu. Objek itu masih di tangannya. Dek kerane perasan aku yang sedang asyik memerhatikan tangannye, kanak-kanak tersebut, menyembunyikan objek yang menjadi tanda Tanya dari tadi itu, kebelakang badannya. Kelihatan kucing yang bijak itu juga ada disampingnya. Melihatku dengan penuh rasa pelik. Memek-memek muka ketakutan kelihatan di mata budak tersebut. Sepertinya melakukan kesalahan. Setibanya budak itu betul- betul dihadapanku, sepantas kilat soalan aku ajukan..
“Adik baling ape kat kucing tu? Beria abang tengok die kejar, pastu die pulang kat adik balik..?” dengan wajah yang penuh ketakutan,sepertinya telah melakukan kesalahan membunuh, checking line lebih kurang..perlahan-lahan die mengeluarkan objek dari belakang badannya itu. Aku berdebar menunggu objek yang di pegang budak terbongkar rahsianya..
Holy F*&k!!!!!!...
Serta merta aku terkejut, tercampak kebelakang sedikit,… darah aku tetibe berhenti…
Besar, bernyawa dan cis… menyesal aku tanye.. straight aku blah… pergi amik order, THE O AIS SATU!!!.. jeritku aku pada tukang buat air di kedai nenekku menyampaikan pesanan costumer…. damn…
“ bengong budak ni…” sumpah aku di dalam hati.. Jadah ape baling tikus real yang da nyawa-nyawa tikus kat kucing tu? Patutla kucing tu punye galak laen macam…
Ni lah masalah budak-budak zaman sekarang, banyak sangat tengok cite omputih, nak bela anjing tak dapat, cari jalan macam mane nak buat kucing boleh bermain seperti anjing, da dapat, on.. biar tikus besar cam memerang pon.. asal kucing hyper,. Settle...
bijak betol..