2

doktor

Posted by jackfred on Sunday, November 14, 2010
kedengaran pengumuman daripada pihak keselamatan hospital..

"TING TONG!!!!... makluman, kepada semua pelawat-pelawat sekalian, masa melawat anda telahpon tamat. sila beri kerjasama untuk menamatkan masa melawat anda dengan kadar yang segera!!! sebarang kelewatan akan dikenakan hukuman mati mandatori.."

aku yang masih menemani dan merangkap pelawat ayahku di dalam wad di sebelah katilnya, membelek jam pada tanganku. 8:00 malam.. huuhhh... ' malasnya la nak turun kebawah nih.. kecoh ar guard nih.. balik kerja sudah pukul 6 petang, cari parking kat hospital sudah sejam. berapa lama sangat dapat gua lepak sama bapak gua nih??"

kebiasaanya, ianya hanyalah pengumuman. biasa aku turun dari tingkat 5 itu, paling kurang pukul 11 malam.. lepak dulu lah..

di hadapan katil ayahku, seorang pesakit baru sahaja di masukkan ke dalam wad. aku bertanyakan kondisinya dari emak ku. biasanya, emak aku tahu..

bla-bla-bla.. oww... kesian...

ramai pelawat sedang berada di keliling brader yang hampir 90% kakinya melecur di timbus arang batu.. sedang keramaian berbisik bisik sesama sendiri, kelihatan seorang kelibat lelaki muncul di belakang mereka mereka ini..

lelaki tersebut membuka salinan-salinan x ray pesakit tersebut lalu melihatnya dari bawah sinaran lampu kalimatang wad berkenaan.. "laa.. doktor rupenye.. selekeh betul.. takde etika!!!"marah aku.. satu demi satu di beleknya.. sampai pada satu salinan, dia berhenti dan memerhatinya dengan lama... dia mengomel-ngomel sedikit yang pada aku, sangat kabur percakapannya.. "term doktor nih.."

semua pelawat-pelawat brader tersebut, telah beralih mengerumuni doktor tersebut pula dengan harapan, dapat mengetahui apakah kerosakan yang telah berlaku kepada kenalan mereka yang hampir lumpuh dari kaki kebawah tersebut..

sedang khusyuk mendengar penjelasan doktor tersebut, lalu seorang misi cantik molek Milah namanya, melepasi kelompok mereka yang mengerumuni doktor tersebut.. misi itu, memberhentikan langkahnya. kelihatan pelik.. lalu mengundur sedikit kebelakang, menghampiri kelompok tersebut..

siapa yang benarkan kamu semua ini melihat x ray pesakit ini??? ini sulit!!! tanya si misi tersebut dengan nada garang kepada kelompok kumpulan tersebut...

yeas!!!cantik, molek, garang!!! perfect misi!!!!... aku berbunga..

ya allah... macam mana Rama ni boleh sampai ke atas nih???

SECURITY!!!!! jerit misi tersebut..

ZAAASSSS!!!!! sepantas kilat doktor itu berlari meniggalkan pesakit, pelawat dan salinan-salinan X-RAY beterbangan, menuju ke arah pintu utama wad kiambang 5B...

saya di fahamkan Rama adalah seorang pelawat setia Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. dan, dia mengalami masalah halusinasi..

1

pandai ambil,pandai la simpan

Posted by jackfred on Sunday, October 10, 2010
"bongok betul la orang Pekan ni".bentak Tila sambil mengetuk dashboard kereta iswara sedan milik ibuku.

"Lu ni apahal?" tanya aku seraya terkejut dengan kemarahannya.

"tengok,kan da susah nak meletakkan kereta bila 'troli' menghalang parkir? Berkerut dahinya sambil tangannya menuding jari ke arah sebijik troli menghalang satu-satunya parking yang tinggal di pasaraya Pantai Selamat tersebut.

"Betul juga.. Alah,biarlah.. Bukan lu bawak kereta pon.wa jugak".. Jelasku dengan sombong..

Dah,pergi alih troli tu,aku nak masuk parking ni.

Damm!!!

Tila keluar menghempas pintu kereta menuju ke arah pintu masuk pasaraya. Sedikit pon tidak mendengar dan menoleh sahutan aku dari dalam kereta.

"Celaka lu troli,ini jam,lu sudah bikin wa susah,sama adik gua sudah 'bengkek' sama wa.persetan juga sama orang yang meninggalkan troli malang ini dengan sengaja..

Bod!!

Arghhh...

4

raya

Posted by jackfred on Monday, September 13, 2010
Tahun ni, raya aku.. macam-macam. banyak pengalaman baru. antara salah satunya, malam raya bersama Uncle Idrus di Wad, Hospital..

malam raya, aku masih di tercongok di sebelah ayahanda aku, menemaninya yang masih lagi di rundum kesihatan yang tidak memuaskan doktor-doktor yang merawatnya.

di depan lokasi hospital tersergam masjid baru dan besar yang akhirnya siap di bina setelah 3 tahun kontraktor tempatan bertungkus lumus menyiapkannya.
Pada malam itu, selepas solat isya',masjid tersebut beroperasi secara rasminya..takbir berkumandang dengan lantangnya. siap boleh join dari jarak jauh. aku yang hanya bertemankan bapak, dan seorang lagi pesakit di wad tersebut,ada la 2 orang pesakit je dalam wad ketika itu. campur nurse,2 orang, yang sedikit kasar membuat kerja sambil hentak-hentak kaki dan bermuka mempelam kerana terpaksa bekerja di malam raya,temasuk aku, 5 orang la..

Pada mulanya, biasa-biasa saja.. Sambil aku membaca surat khabar yang tahun lepas punya. cara penulisan dan penyampaian surat khabar masih sama. tidak banyak yang berubah. atuk yang kehilangan baju raya pon masih jadi headline dada-dada akhbar yang syok sendiri.

tengah syok aku buat ramalan no ekor, lepas tu tengok result di page belakang-belakang belah ruangan sukan, aku terdengar suara orang sedut hingus.

siapa pulak yang tiba-tiba selesema nih??nurse tak buat kerja ke??? duga aku sambil mata masih terpejam meneka nombor ekor. semua ni boleh mengangu kosentrasi aku di dalam meneka..

5721.. okeh.. dah boleh cek..

sob-sob.. aik...

laaaa... bapak gua tengah menangis rupanya...

ya allah... kesian pulak aku tengok bapak nih.."'ba'.. sabar la ye.. raya je pon.. bukan ada apa-apa pon.. dah la.. anep pon ada kat sini..." terangku dengan nada selamba..

sob-sob.. " Jack, aku mintak maaf dengan ko. maafkanlah dosa-dosa aku pada ko.. terima kasihlah sebab jaga aku yang menyusahkan ko nih.." ujar bapak aku di dalam tangisannya..

uissshhh!!!!! ya allah... apa ayah aku mencarut nih.. biar betul.. " ish.. mende ba' nih ".. dia pulak mintak maaf dengan orang".... bentak wa tak puas hati dengan apa yang terjadi...

aduh.. tetiba dada aku rasa sakit-sakit... nurse... tolong.. sakit sangat nih..

arghhh.. ngarut la ba' ni... jap, Jack pegi mintak tisu jap dengan nurse.. dah la ba'... tak baik nangis-nangis malam raya nih.. ( sapa yang cakap tak baik pon wa tak tau)..

zaaasssss.... wa lari laju-laju, pergi turun ikut tangga, mahu ke kereta ... 'cepat-cepat'.. ujar hatiku..mahu mendapatkan peneman hidup ketika itu. hanya rokok sahaja boleh menahan air mata ini..

dapat je rokok... fuhhh.... setel.. kering terus air empangan mata aku...

selamat hari raya, maaf zahir dan batin.


5

aku sanggup..

Posted by jackfred on Monday, August 23, 2010 in
semenjak kebelakangan ni, aku payah gile nak tido waktu malam. macam-macam benda nak pikir dalam kepala.. ramadhan kali ini, betul-betul menguji kesabaran dan kesabaran aku.

kerja, belajar, ibubapa, masa depan.. ya allah...

aku belajar sedikit sebanyak tentang betapa untungnya aku dilahirkan sebagai seorang muslim setibanya pulang dari melawat ke negeri orang.. adakah selama ini aku tidak sedar ataupon sengaja menidak perkara yang sudah sememangnya dari dahulu memang sudah betul.. tetapi alhamdulillah.. sekurang-kurangnya, aku tersedar dari hidup aku yang sebelumnya terang terangan penuh dengan kkerugian..

balik dari shanghai.. aku kering.. satu sen pon aku takde. malahan duit aku telah tamat tempoh ketika percutian aku berbaki satu hari lagi di China. mujurlah boss aku memahami jenis aku ni, memang tidak pernah komited dan fokus bila tiba soal wang. kesan daripada sifat mahmudah ini, aku tidak mempunyai sekelumit wang pon untuk menghadapi bulan ramadhan kali ini...

aku kembali kepada jalan asas. jalan sepertimana sepatutnya aku lalui sebagai seorang hamba yang sedar diri.. memaksa dan berlawan dengan diri sendiri.. aku nekad.. walau apa pon terjadi selepas ini, aku tidak lagi mahu mengambil terlalu mudah, tanggungjawab aku sebagai seorang hamba yang hina lagi hina. kalau aku terlalai sekalipon, aku tidak akan mensia-siakan hari aku dengan hidup yang kosong. sekurang kurangnya satu hari, mesti mau tunduk sama Pencipta aku. mesti mau sembah. mesti mau sembah DIA.. Dia memang patut disembah sebab, sekurang kurangnya, dia masih memberi peluang kepadaku walaupon setelah berkali-kali aku mengabaikanNYA..

di saat aku mula mengenalpasti tujuan sebenar hidup aku ini, di saat inilah dugaan datang menjelma dalam bentuk berangkai - rangkai..

YA ALLAH.. andai benar KAU hanya menurunkan dugaan dan ujian kepadaku di dalam bentuk aku sebagai hamba yang hina ini mampu menghadapinya... aku sanggup... aku sanggup.. asalkan kau meredhai cara hidupku sebagai seorang hamba..andai dugaan dan cabaran ini adalah proses ENGKAU membersihkan dosa-dosa kecilku sebelum ini, aku sanggup YA ALLAH... biar aku kenal siapa tuan, siapa anjing... kalau ujianMU ini adalah balasan kepada kejahilan ku sebelum ini, aku sanggup ya allah, asal di akhirat kelak, aku dilepaskan Azab MU YA ALLAH..

dari segala apa bentuk ujian yang aku terima dan lalui ini, segala keperitan, kesedihan, kekesalan.. hanya satu permintaanku kepadamu YA ALLAH.. hanya KAU sajalah tempat aku berharap...

andai KAU tanya apa yang ganjaran yang aku mahu andai aku berjaya mengharungi setiap ujian ujianMU,.. aku hanya memohon agar...

KAU ampunilah dosa kedua ibubapaku.. berilah mereka perlindungan dari MU YA ALLAH.. berilah kekuatan kepada bapaku dalam dia melawan penyakitnya YA ALLAH.... Aku tidak sanggup melihat beliau di dalam keaadaan tidak mampu untuk memarahiku... aku tidak sanggup beliau terketar-ketar menahan kesakitan YA ALLAH.. aku tidak terdaya YA ALLAH..aku tidak berani untuk menatap mukanya yang sedih menahan kesakitan... aku takut YA ALLAH...
YA ALLAH... aku memohon kepadamu YA ALLAH...

Ujian ini tersangat berat bagiku YA ALLAH.. aku ini hamba MU yang lemah lagi hina.. aku tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya.. aku tidak tahu... Aku tidak jumpa jalan penyelesaian bagi ujian MU yang ini YA ALLAH.. aku buntu YA ALLAH.. aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan.. andai KAU gandakan ujianMU terhadapku demi mengantikan ujian ini, aku sanggup YA ALLAH.. aku sanggup dengan izinMU YA ALLAH...

aku sanggup....

aku tersangat sayangkan dia YA ALLAH..

3

weh... ko ni pehal??..

Posted by jackfred on Friday, August 20, 2010
mmm... ok... line ni, kena offset ke dalam sikit... okehh.... sloowww.. steady.... steady...

mmm...mmmmm... mmmm......

hek!!!!

aduh... kenapa jadi camni...tolong lah jangan sekarang... cane nih.. Jangan lah dia perasan...

ya allah.. setan ko tolong la jangan gayut kat sini.. besepah lagi tempat lain lu boleh gayut... periuk nasi aku nih...

okeh okeh.. fokus..

mmmmm.......................

ZZZzzzzZZZZzzzZZZZzz...

GEDEGANG!!!!!!



WEH!!!! KO NI KENAPA???.. Soal Bos aku dalam keadaan masih terkejut...

'errr... hehehe.. takda apa boss... biasa biasa je nih.. 'balas aku..

'cilake.. macam mane boleh tersembam kebelakang jatuh dari kerusi nih...sebelah bos pulak dah kena nih.... biasa tersengguk je kalau mengantuk dalam office nih... "

selepas bangun dari terjatuh... mengambil kedudukan di depan komputer kembali... aduh...

Boss : OK KA????...

aku : THUMBS UP BOSS!!! biasa la jatuh bangun ni boss.. baru boleh berjaya.. (sambil terasa darah mengalir laju di liang-liang saraf pipi..)

1

hati-hati dengan ayat-ayat..

Posted by jackfred on Monday, August 09, 2010
pukul 8:13 malam..


okeh nept.. settle..

aku : thanks Jhon..

Jhon : kih kih kih..

aku : apsal lu gelak Jhon?

Jhon : takde, muka ko nampak laen bila rambut pendek.

aku : hahahaha.. macam sial..( muka ketat )

selepas menggayakan 2,3 style di depan cermin saloon soul creation milik Jhon, aku pantas mencari sebatang rokok di dalam beg yang di letakkan di atas sofa di ruang privasi kedai Jhon.

aku : jhon, wa kuar kat depan tu jap.. pekena rokok sebat..

Jhon. ok.

baru 2,3 pam aku bagi makan paru-paru aku, lalu 2 orang budak sekolah rendah lengkap berpakaian baju melayu, songkok, suar sekolah dan 'Q snuker' terjulur keluar muncungnya dari dalam beg sekolah yang di sandang mereka.

mereka memerhatikan aku dari jarak jauh. semakin lama, semakin dekat perjalanan mereka menuju kearahku. heh.. budak sekolah.. lagak aku sambil menghembus asap rokok ke udara.

setibanya betul-betul mereka melintas di depanku, salah seorang menyapa.

budak 1 : bang, abang ni pelakon ke??

aku : kenapa?

budak 2 : takdelah, cutting rambut abang macam Matthew Mcconaughey la..

ZAAASSS!!!
ZAAASSS!!!

bersepai 2 orang budak sekolah tadi aku tendang ala-ala Ip Man. seorang terperusuk di dalam longkang berhampiran, dan seorang lagi berusaha menyelamatkan diri, cuba untuk keluar dari kesempitan bawah kereta Jhon.

aku hembuskan asap rokok terakhir sambil memeluk tubuh..

"Lu orang, dengar sini baik-baik. Jangan samakan aku dengan artis itu. setahun lebih aku tunggu nak dapat tune rambut ni. kalau lu orang mau ini rambut punya stail, lu orang boleh mintak brader Jhon kat dalam tu setting'kan.."

baik bang, baik.. rayu kedua-dua budak sekolah tersebut sambil melutut..

dah, pergi tuisyen elok-elok.. snuker tu, lain kali boleh main..


2

dik,..11 hengget 8 posen..

Posted by jackfred on Monday, July 19, 2010
harini sudah 19hb.. nak join me'member lunch terasa segan. duit ngam-ngam beli winston light dengan maggi satu pack je nih. lagi 10 hari baru gaji keluar. mmmhh.. bujang..

alamak, perempuan nih, perempuan yang selalu lalu di hadapan rumah aku. segan la nak beli maggi je nih. arghhh.. biarla,.. bukan perut dia, perut aku. aku capai maggi "kari extra pedas" satu, winston light satu..

'hye.. makan maggi je? mm, saya ada beli lauk sedikit, kalau awak tak kisah, nanti saya antakan masakan saya ke rumah awak. ini maggi sama rokok, biar saya bayarkan dahulu. nanti, dapat gaji, awak belanja lah saya pulak'. tegur awek tadi dengan suara boleh bikin kejang..

'err.. a'ah.. bujang.. biasalah hujung bulan macam nih.. hehe..' balasku tersengih-sengih.. malu brader. tapi mesti mau pandai cover..aku sudah tidak mengambil peduli orang sekeliling kedai runcit itu. yang tengha beratur belakang pon, pegi mampus. yang penting sekarang, awek sebelah aku nak masakkan untuk aku jap lagi nih..

tapi.. aduh.. dekat jari sudah ada cincin.. muka pon late 20's dah.. kang dia dah kawen.. dulu, biasa lalu-lalu depan rumah aku, takde lak cincin tu..

dik, dik.. 11 hengget 8 posen dik..

dik, dik.. cepatla.. orang ramai belakang tu..

DIK!!!! sergah makcik yang jage kaunter kedai runcit kepunyaanya itu.

'haa.. ye??.. berapa?? nak bayar la nih.. kecoh la makcik nih..' bentak aku..

celaka.. tengah-tengah hari pon boleh berangan kalau dah ujung-ujung bulan macam ni....

awek tu, hanya tersenyum sipi..

damn.. harap-harap dia bukan bini orang.. biarlah aku tak pergi ngorat dia pon..



2

aku in wonderland

Posted by jackfred on Thursday, June 24, 2010
kesejukan pagi yang menyegarkan, menyedarkan aku dari lena yang sempurna. aku buka mata perlahan-lahan.. kelihatan sepasang kelicap menari sambil menyanyi riang di tepi tingkap nako di dalam bilikku.

sweet-sweet.. owhh.. ade seekor rusa di hadapan pintu biliku sedang meragut rumput yang menjadi lantai bilikku.. terasa bilik yang 10 kaki X lapan kaki luasnya, seluas alam terbentang.. datang sekumpulan memerang membawa berberapa bijik buah epal merah untuk sarapanku. cit-cit cit. terang si memerang. ok jap lagi aku gosok gigi. balasku sambil tersenyum.

eh, ade sungai kecik mengalir di bawah katilku.. nice.. aku tersenyum lagi..

suasana hanya dihiasi bunyi- bunyian semula jadi yang menyegarkan.. senyuman berterusan tak kala kelihatan kelibat duyung-duyung sedang menanti aku untuk mandi pagi bersama.

PON!! PON!!!

celaka..

tak boleh ke biar aku menikmati satu pagi yang sempurna??
sudahla jenis malas bangun pagi.

satu pagi je woii!!!!



nachuss...

3

kembali

Posted by jackfred on Monday, May 31, 2010

sudah lama aku meninggalkan mende nih.. tapi bila Thom memulakan bicara.. hati jadi semakin tidak tenteram.. nafas kembali berdegup kencang..

adrenalin yang suatu ketika menjadi kegilaan darah muda aku, kini kembali menular di setiap genap sudut urat darahku yang hampir lesu..

pop, control, landing.... sempurna sudah asas kepada segala kegilaan yang dulunya tidak mengenal masa.. OLLIE.. kalau OLLIE masih berbisa, masakan KICKFLIP menjadi mustahil..

kini setiap petang, skateboard yang baru dibeli, menjadikan masa riadah aku kembali terisi.. ketika peluh-peluh jantan mencurah-curah, kaki mula terasa lebam-lebam, ketika itulah semangat Rodney Mullen datang menyapa..

it's must be hard, but, this is your life".. bisik Mullen sambil melakukan ollie melepasi kepala aku..

cayalah Thom.. Lu telah mengembalikan kegembiraan sepuluh tahun lepas aku.. kepuasaan bercinta dengan skateboard nih, mengatasi kecintaan terhadap facebook aku..

aku akan terus bermain sehingga tiba solat magrib... jap.."pukul 6, 7.. ok lah tu.. walau sejam pon, janji aku hepi"...

pheewww.... bahagianyaa....








1

perfeto..

Posted by jackfred on Friday, May 14, 2010











satu malam, tak pasal-pasal, aku tertonton satu filem. tiada apa yang istimewa pada cerita ini, hanya mahu mengisi, masa lapang..

tapi, watak Leigh Anne Touhy ini, memang terbaek. di sebabkan, cerita ini berdasarkan kisah sebenar, watak ibu superb ini, pasti wujud di dalam dunia nyata.



sesiapa ada kenal perempuan berpewatakkan macam dia ini???



4

perkahwinan

Posted by jackfred on Tuesday, May 04, 2010

Di saat topik perbualan aku dengan Abs masih berkisar kepada hal Obama, tiba-tiba..

PINNN!!!!! PINNNN!!!!!...

W T F ???

Bentak aku… seraya terkejut dengan Hon kenderaan yang dibunyikan betul-betul hamper dengan lokasi aku dan Abs sedang menikmati jus-jus perbualan.

Berlatar belakangkan kedai makan biasa, yang menyediakan tempat makan di luar premis perniagaan, sumber bunyi hon itu datang dari sebuah 4x4 milik salah seorang pelanggan di lot parkir premis berkenaan. Lokasi meja dimana tempat aku dan Abs menjamu makanan, tidaklah jauh dari kedudukan kenderaan tersebut. Hanya dipisahkan dengan sebiji kereta kancil sahaja. Mana tak terkejut..

Aku lantas mengintai tercari-cari kelibat siapakah yang di sekolahnya tidak di ajar pendidikan islam itu. Di dalam samar-samar kegelepan pukul 10 malam itu, kelihatan seorang brader sedang mendukung anak kecilnya yang sedang bermain di stering JEEP 4x4 tersebut.

Tak silap aku, brader ni dating dari meja itu kan?? Soal aku kepada Abs..

Abs : o’oh.. ye lah, dari meja itu..

Di saat aku mula menyedapkan hati bahawa bunyi hon yang dikeluarkan itu, adalah dari bayi yang dipangku brader tuh, kelihatan pula seorang lagi budak sebaya 5 tahun, sedang merengek berhapiran meja dimana seorang perempuan, sedang menikmati makan malamnya.

Rengekan budak kecil itu mengarahkan kepada kenderaan 4x4 itu. Barangkali budak itu juga anaknya..teka ku di dalam hati bagi menyempurnakan epilog sebuah keluarga.

Yeas.. sangkaan ku tepat..

‘Tunggulah mak makan tuh!!!’ Jerit lelaki yang berada di dalam jeep tersebut kepada kanak kanak kecil yang sedang menangis itu. Lantas bermain-main dengan anaknya di dalam kereta yang tidak dimatikan enjinnya.

Tiada apa yang pelik pada mulanya.. hanya sebuah episode suram makan malam oleh sebuah keluarga yang aku langsung tak nak amik tahu..

PINNN!!! PINNNN!!!!...

Argghhh… CHEAP BASTERD!!!!.. bentak ku di dalam hati.. takleh control ke anak ko tu dari menekan Hon di khalayak ramai ni?? Gua sudah semakin panas..

Hati aku sudah mula tidak tenteram dengan perlakuan brader tersebut..

Aku mula rimas dengan keaadaan semasa yang sedang berlaku itu., hon terus dibunyikan berkali-kali..dan hati aku bertambah panas.. badan aku semakin tidak stabil suhunya.. di celah-celah liang romaku, kelihatan bibit-bibit bulu serigala mula keluar sedikit-demi sedikit.. brader di dalam kereta tersebut akan menerima padah andai proses menimbulkan kemarahanku ini mencapai tahap semprna.

Di ketika saat kerungsinganku sedang memuncak, mata kecilku tertangkap kepada suatu episode luka..

Tak semena-mena, mataku tertangkap kepada perasaan si perempuan yang sedang menikmati makanan yang dimana anak kecil sedang merengek di sebelahnya, yang ingin mendapatkan bapanya di dalam kereta yang gilakan hon tersebut.

Tiba-tiba perasaan naluri lelaki aku tersentuh.. kerana, di saat brader tersebut meniggalkan isterinya makan sensorang, masa yang telah berlalu hamper 20 minit lamanya.. 20 minit, menigalkan isteri makan sorang-sorang? Kesian..

hati aku turut merasa kepiluan, wanita yang sedang menjamu makanan bersama linangan air mata di dalam hatinya.., langsung tidak memandang keaarah JEEP milik suaminya ketika Hon dibunyikan berkali-kali. Beliau juga tidak menghiraukan anak kecilnya sedang merengek ingin mendapatkan bapanya.. dia sedang menikmati air matanya..

di dalam hati aku, terlintas satu perkara yang dulunya, salah satu daripada subjek pemerhatian aku terhadap life after marriage…

mmmmhhh….. mataku masih menatap perilaku wanita tersebut, tanpa menghiraukan hon yang masih macam gampang terus di tekan-tekan ‘bayi’ di dalam kereta tersebut..

perlahan-lahan, dia bangun dari tempat duduknya di meja makan tersebut, lalu menuju kearah kenderaan milik suaminya itu, di bukanya pintu JEEP tersebut, lalu di capainya handbag berwarna hitam, terus menuju ke kaunter, seraya membuat bayaran terhadap makan malam mereka.. tidak sedikit pon dia memandang kepada wajah lelakinya yang sedang menuggunya di dalam kereta tersebut… setelah dia masuk kedalam kereta, mereka meniggalkan aku yang masih merumuskan hasil pemerhatian aku tadi yang sekian lama masih belum terumus..


aku tak kisah apa masalah mereka ketika itu... tolong lah jangan pamerkan kebodohan di khalayak ramai..

aku di tinggalkan keluarga tersebut dengan berberapa rumusan.

I am not a great lover.. but, aku kesian kepada mana- mana perempuan yang tertipu dengan perkahwinan..

i am not a great lover... but, i got brain..

P/s : kepada laki-laki yang berfikir menggunakan kemaluan, Jangan sibuk-sibuk nak kawen kalau otak belum cukup bernas untuk berfikir dan memimpin..


8

pompuan dan 'handbag nya'....

Posted by jackfred on Saturday, April 24, 2010
Tol Sungai Besi,... Showroom NAZA,.... Jambatan Pulau Pinang... Aquarium Nenek aku... kuali nipis..... Kipas Silling.....

aikkkk???...

Mak!!!!!... Takde pun sepit kuku...

Mak : Ada... cari betul-betul... ada kat dalam poket sebelah kiri tuh... cuba cari dulu baru tanya...

aduh....... apa lagi yang boleh di sumbat dalam handbag diorang nih??

4

sakit..

Posted by jackfred on Saturday, April 17, 2010
kenapa tetiba aku teringin nak menari salsa nih?? kalau gua ajak Nasha Aziz, agak-agak dia pandai tak??? cisss...

2

kepala hotak engkau..

Posted by jackfred on Thursday, April 15, 2010
aku masa kecik, kene tibai juga.. tapi bapak aku, takde lah sebodoh bangsat nih..

aaaaaiiiii.... geram aku..

7

cukup ke?

Posted by jackfred on Wednesday, April 14, 2010
Cukup ke?? Maen tengah-tengah bulan semua sudah settle.. lagi setengah? Macam mana? Macam mana mau idop ni.?

Padahal, gaji yang diberi pada aku, rasa kalau ikot perkiraan matematik, lebih dari cukup. Siap boleh buat menympan nak beli private boat lagi. Tapi, setakat aku kerja nih, tak pernah ada simpanan. Tak pernah la kalau dapat gaji seterusnya itu, gaji sebelum masih berbaki. Tak pernah.. takde.. tak pernah..

Azamnye, memang tak mudah la. Tiap-tiap kali dapat gaji. Mesti disertakan dengan azam untuk menyimpan. Nak buat lessen la, mak sibuk suruh kawen la, duit untuk adik-adik..

Tapi,.....

aku sedar.. azam tu singgah kejap jek. Sebab nafsu sudah halau dia awal-awal. Nafsu tu memang jadi tuan rumah dah. Azam tu memang tetamu setia lah dalam idop aku walau berkali-kali di nafikan nafsu nih...

Belanja member-member makan, maen futsal sampai lebam, karaoke sampai serak, makan makanan mahal-mahal yang pernah terliur. Itu belom kira keinginan nak beli gitar elektrik lagi. Dia punya membuak-buak..tiap-tiap kali dapat gaji.. harga gitar sebulan gaji tu pon aku sanggup.. pantang…Bugatti Veyron yang harga 3 juta tu aku rasa aku boleh beli dengan gaji aku seribu lebih ni..haaaiiiihh…..

Pantang ada duit.. tapi itulah kegembiraan aku… sesak tengah bulan tu, memang sudah menjadi kewajipan.. barulah lah rasa.. 'kalaulah aku tak beli mende tuh..tak beli ni dulu.. takda lah aku makan meggi sekarang nih.....tapi takpa, semalam aku sudah santap di cherating steak house, yang kosnya, boleh aku buat makan untuk 2 minggu seterusnya. ok what?? kurang-kurang, takdalah jaki sangat masuk kedai mahal..

Bila aku pikir sikit je lagi kedepan.. betullah orang cakap. Duit boleh cari. Kegembiraan bukan senang nak dapat. Bukan semua orang boleh bagi kita kegembiraan hidup nih...

Semuanya berlaku pada awal bulan.. awal bulan la titik tolak permulaan idup aku pada bulan berkenaan..

Kalau gaji riban-riban, sabtu, ahad kena kerja, nak tido bangun pukul 2 petang pon mustahil, buat apa???.. kalau hari minggu pon masih pening pasal kerja? Kalau gaji rib-rib ni, nak ajak berhibur pon payah………mmmm....

tak ngam lah..

Biar gaji sikit, duit tak pernah nak menyimpan, a.k.a tak pernah ada sampai hujung bulan,

Janji, aku suka dengan kaitan duit dengan hidop aku sekarang....

3
Posted by jackfred on Saturday, March 27, 2010
Nep.... tu bukan ke bapak ko??.. Soal Lan..rakan melepakku petang-petang..

A’ah.. nape?.. aku menjawab selamba…

Nampak kegarangannya..ayah ko garang tak nep??

Aku hanya mampu tersenyum.. sambil terus menghirup milo sejuk yang tadinya panas.. aku lemparkan jauh pandanganku ke taman permainan dimana syurga bagi kanak-kanak normal yang sebelahnya adalah kedai minum dimana aku melepak…

Aku mengimbau kembali zaman silamku.

Idrus..

Zaman kecilku, aku tak pernah ada memori bapak aku bangga dengan apa yang aku lakukan dalam setiap perkara. Dia jarang berbicara dengan tutur.. Medium komunikasi yang digunakan ialah, tali pinggang, batang paip, batang penyapu,.. ekor pari-pari.. pheww.. sekali dia kate ‘NO’... kirim salam la dengan hajat yang hamper setahun aku mengidam..

Bapak aku sehebat Sarjan Misai. Dengan hanya satu jelingan, semua adik beradik aku lesap dari pandangan,bersepah mencari bilik masing-masing, cari beg sekolah.. Asal dengar bunyi motor kapcai Yamaha je, tak kisah la motor dia ke, motor orang lain ke, kawasan depan televisyen sudah lengang... Sorang kene marah, yang laen dah menangis dah..Andai aku masih belum berada rumah sebelum pukul 7 malam, ponteng mengaji, dan, aku takde di saf mase tahiyyat akhir solat isya’ kat masjid,….aku setel…..

Terasa seperti anak pungut. Tapi, bila tengok-tengok balik hensem dia itu, memang kat aku ar tumpah kuahnye tu... Mustahil aku anak pungut… masa kena libas, sakit dia, tuhan jet tau... Tangisan ni, dah tak boleh pakai da sebagai pelindung diri…

Tapi itulah… mase kecik dulu, mana ada google.. kalau tak, boleh juga ‘wiki’ maksud serik, dan degil tu apa… takde ar kene libas selang satu hari..

Bukan sahaja aku, malahan abang aku juga sama. Tapi abang aku jarang dapat apa yang aku dapat. Dia biasa dapat hanger je memanjang.. aku dah lali dengan hanger nih.. Itu senjata kegemaran arwah mak aku je dulu.. bila dah terbiasa kena ekor pari yang jauh lagi sakit, hanger nih dah tak berasa sangat… dah rase macam kena gigit semut je.. Abang aku tak tahu erti persahabatan mase zaman budak-budak dulu... Lagipun, dia sogok bapak aku dengan nombor 1 straight dalam ujian mahupon peperiksaan, dan janji-janji A yang pasti tertunai… Itu pasal dia banyak terlepas tali pinggang dan batang paip besi galvani. Die kena rotan pon sebab tengok TV je. Jauh lebih kecil kesalahannya berbanding aku, komando yang pergi merekrut askar-askar sepertiku….

Aku? Aku hanya mampu berserah. Bukan takda usaha nak jadi macam abang aku, Cuma aku lebih menghargai zaman kanak-kanak ku.hidop aku ketika itu,bukanlah ditemani buku-buku seperti abangku.. Di sekolah kawan, balik rumah pon kawan.. Kawan-kawan aku mase tu pulak … pergghh… semua projek jalan, semua misi terancang sistematik.... semua hukuman… berani tanggung sendiri…

macam gini (two thumbs up)…


Tapi sekarang.... aku sudah terlepas zaman gelap tersebut.. batang paip sudah guna buat ganti paip rosak, tali pinggang dia sekarang sudah mau Louis Vuitton. Sayang nak guna untuk melibas… Idrus sudah semakin jambu..Dia sudah semakin sejuk… Cuma jelingan, dan pendirian “NO”.. masih steady menakutkan…

Bila aku terkenang moment bapak aku bermain-main, melayan karenah anak buah sulung aku tu, Faqhry., Aku rase, dia bukan bapak aku yang sebenar..Idrus yang aku kenal bukan seriang ini... Tak pernah aku tengok dia seseronok itu bermain dengan budak-budak kecil.. kalau bukan dengan budak kecil sekalipon, seperti mustahil aku terlihat orang tua itu bergalak riang… Bila bapak aku mengagah-agahnya si Faqhry itu, andai bayi itu tersenyum…berderai lah tawa si Sarjan Singa Lapar itu… aduh.. kelakar la plak rase.. kaki libas tumpas di tangan Cucu…

Aku jua turut tersenyum di dalam hati… sebab aku tak pernah lihat Idrus versi itu selama 26 tahun aku hidup.. kelakar..

Asal dengar cucunya nak pulang ke kampong je, carpet merah wajib dibentang, makanan mesti ada ayam turki seekor. Napkin, bedak, baby lotion, dan putik kapas kalau takde je standby… pukul 3 pagi dia gagah pergi ke kedai 24 jam jauh ke bandar mencarinya.. petang-petang, yang dulu biasanya bawak melepak dengan kengkawan, sekarang… takde dah..asal cucu ada di rumah...tinggal bini, tinggal anak-anak, tinggal kengkawan… pergi berjalan dengan cucu berdua-duan jek…

Jeles beb…

Asal cucunya itu meragam, menagis-nangis… kami adik beradik sudah bersiap sedia untuk dimarahi sepenuhnya. Biarpon masa tu, adik aku tengah tolong anak-anak yatim bagi diorang makan… Settle.. semua kena marah…


“Oiii… wa Tanya ni, bapak lu garang tak?” Soal Lan seperti tersedar aku sudah sampai Mexico berangan..

Terkejut dengan soalan Lan itu…

Aku hirup lagi milo aku tu satu das..

Takdelah.. "ayah aku penyayang…"...



takda sapa berani amik budak tu waktu nih...

4

hoh??

Posted by jackfred on Monday, March 22, 2010
"Aduh matilah kita kali ini. Esok kiamat nih".. Keluh Awang kerunsingan.

"Kenapa Wang?" Soal Qd sambil sibuk menekan butang Esc pada keyboard dari tadi.

"Mu ade rokok D?"... soal awang kepada qd..

"Takdok.. gi ar beli wang". Tokleh nak buat kerja kalau gini..

"Mu Nek, ade?".. Soal Awang yang masih kebingungan..

Takdok gok Wang… moh kite pergi beli ar. Sekejap je nih.. jawabku selamba sambil tanganku masih gagal melepaskan mouse..

"Doh gini ar, daripada kite dok ngadu takde rokok, ape kate, kite bertiga pergi beli. Adil sket. Semue oghang tinggal keje.. gane?" Awang memberi cadangan..

"Aku bereh wang".. jawabkku sambil mata masih melekat pada skrin computer.

"Qd, mu gane?".. Tanya Awang selepas Qd semacam tidak mengendahkan cadangan awal wang tadi. Jelas di raut wajahnya, banyak lagi kerja yang belum disiapkannya.

"Kalau korang pergi berdua je, aci tak?" Qd mengeluarkan cadangan..

Awang : ohh.. sedap mu.. orang laen ade keje gok. Doh, mari ah ramai-ramai..

Qd : tokleh Wang, mu da banyak siap.. Aku ni, site plan pon takdok lagi.. jelas Qd merayu simpati Awang..

"Dok kisoh ar mane-mane, doh, mari duit sini, aku dengan anep pergi beli. Doh siap ar Nek.." gesa Awang seperti tidak seberapa gemar dengan jawapan Qd.. alih-alih, aku plak jadi mangsa kemarahan Awang…

"Aku gini jela.. siap dah.. mari ar".. aku terpaksa melepaskan mouse dengan hati yang penuh kerunsingan untuk mengikut Awang ke kedai..

Sejurus Awang dan aku menutup pintu rumah sewaan, kami bergerak menuju ke tangga, kedengaran suara Qd terjerit-jerit dari dalam rumah.

"Awang!!!! Awang!!!!..."

Awang : Mende gok ? owoh.. Ajok pergi taknok, nok pesang macang-macang pulok.. jawab awang dalam keluhannya sambil melepek di tepi tangga.

Qd : ko nak pergi kedai E ke , kalau gitu aku nak kirim topup sekali.?

Awang : hoh??....

Tiba-tiba keadaan menjadi sunyi.. macam ada mende yang tak kena dengan soalan Qd tadi.

Aku dan Awang berpandangan…
Awang sedikit-demi sedikit, mula memalingkan badan dari memandang Qd, dan badannya mula sedikit bergetar. Aku, perlahan-lahan menahan genangan air mata sambil sebelah tanganku menutup mulut juga tidak sampai hati menatap Qd.

Marah Awang dah tidak membara lagi.. Awang cuba mengawal gelaknya..

Awang : kedai E?......aku dok pergi kedai E, aku nok pegi Seven E je. Bakpe?.. HAHAHAHAHAHA…

Oleh kerana malu tersalah sebut, Qd Sepantas kilat, tanpa menjawab soalan Awang, terus berlari masuk kerumah semula.

Pukul 3 pagi di flat PKNS seksyen, kedinginan pagi dipanaskan dengan deraian setan Aku dan Awang sepanjang perjalanan membeli rokok ke kedai E.

2

balik kembali..

Posted by jackfred on Monday, March 01, 2010
Aku tak pernah dan tidak akan menyesal dengan jalan hidup yang aku pilih, dan kau…
Anak kau sedang melalak di dapur, sambil bini kau tengah mengumpat di depan rumah bersama konco-konco kanibalnya.

hidup dan mati aku bukan untuk kau..

Copyright © 2009 OPTIMISME All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.